Diperkosa Rakan Kepada ‘Housemate’, Wanita Ini Nekad Telan 20 Biji Paracetamol

*Gambar hanya sekadar hiasan.

Tertekan dirinya menjadi mangsa nafsu serakah syaitan bertopengkan manusia, seorang wanita nekad cuba untuk mengambil nyawanya sendiri dengan cara memakan 20 biji paracetamol. Kejadian ini dilaporkan berlaku pada Ahad lalu iaitu ketika mangsa berada di rumah sewanya yang bertempat di Cheras.

Walau bagaimanapun, mangsa yang berusia 24 tahun itu terselamat selepas perbuatannya sempat disedari oleh rakan serumah yang kemudian membawanya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, mangsa yang bekerja sebagai kerani itu turut membuat laporan polis Ahad lalu menyatakan detik hitam berkenaan berlaku pada 4 September lalu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sewaktu mangsa berada di dalam bilik sebelum diceroboh lelaki dikenalinya yang juga merupakan rakan kepada teman serumahnya.

Sumber: The Star

“Rumah itu didiami empat wanita bujang dan akibat kejadian itu, mangsa sangat tertekan sehingga bertindak memakan 20 biji paracetamol.

Doktor yang merawatnya juga sudah membuat laporan polis dan mangsa kini stabil dan dibawa pulang ke kampung keluarganya di Johor,” kata Nik Ros Azhan seperti dilaporkan Harian Metro.

Tambahnya lagi, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya juga telah mengambil keterangan rakan serumah bagi membantu siasatan.

“Suspek sudah dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca