Diperdaya Beli Rumah Dengan Harga Serendah RM1,300, Pembeli Akui Telah Ditipu Penjual

Harga murah yang ditawarkan serendah RM1,300 sehingga RM7,000 telah menyebabkan beberapa orang individu terperdaya untuk membeli rumah setinggan di Bandar Putra, Menggatal yang terletak dekat Kota Kinabalu, Sabah.

Tuah nampaknya tidak menyebelahi para pembeli apabila satu operasi perobohan menggunakan jentolak telah membuatkan tempat tinggal mereka roboh dalam sekelip mata pada pagi Isnin lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, 48 buah rumah telah dirobohkan kerana ia dibina secara haram di kawasan tanah milik sebuah syarikat pemaju.

Notis perobohan dan arahan yang menggesa para penduduk untuk mengosongkan kawasan berkenaan difahamkan telah lama dikeluarkan sejak beberapa bulan lalu. Walau bagaimanapun, penduduk tidak ambil peduli tentang notis tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Jadi, mahkamah terpaksa mengeluarkan arahan untuk merobohkan semua rumah yang dibina di atas kawasan haram itu dengan serta-merta.

Ada juga penduduk yang meluahkan perasaan kecewa apabila dapat tahu rumah yang didiami keluarganya sejak sebulan lalu terpaksa dirobohkan begitu sahaja.

“Saya beli rumah ini dengan harga RM5,000 daripada tuan rumah sebelum ini yang diperkenalkan oleh ahli keluarga. Saya diberitahu bahawa pemilik memang akan ambil semula tanah ini tetapi bukan dalam tempoh terdekat.

Saya fikir pemilik tanah akan mengambilnya semula selepas beberapa tahun. Pada waktu itu, saya mungkin sudah mampu untuk membeli rumah secara sah.

Atas sebab itu, saya beli rumah tersebut sebagai tempat tinggal sementara untuk isteri dan keluarga,” kata salah seorang penduduk bernama Norazwan Arman kepada wartawan Sinar Harian.

Norazwan kesal kerana membeli rumah tanpa dokumen sedangkan dia sudah tahu tanah yang diduduki mereka adalah milik orang lain.

Untuk rekod, Pengarah Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) iaitu Abdul Mukti Muchlish berkata pihaknya mendapati dalam siasatan semasa kerja perobohan bahawa ada penduduk yang telah beli rumah dan menetap di situ selama 10 hari, sebulan dan satu tahun.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca