Dipercayai Mahu Elak Daripada Beratur Panjang, Lelaki Ini Menyamar Jadi Juruterbang

Semua orang pasti mempunyai cita-cita mereka sendiri. Ada yang mahu menjadi guru, ada yang mahu menjadi arkitek dan ada yang mahu menjadi juruterbang. Namun, pernahkah anda bayangkan bahawa anda akan ditahan oleh pihak polis kerana mahu merealisasikan mimpi anda?

Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis di pintu keluar Lapangan Terbang Indira Gandhi yang terletak di New Delhi, India selepas menyamar menjadi seorang juruterbang untuk sebuah syarikat penerbangan Jerman iaitu Lufthansa.

Untuk mengelakkan daripada beratur panjang dan pemeriksaan keselamatan, Rajan Mahbubani cuba untuk menaiki penerbangan AirAsia dengan memakai uniform lengkap juruterbang Lufthansa.

Walau bagaimanapun, lelaki berusia 48 tahun itu ditangkap pada Isnin lalu ketika cuba menaiki pesawat ke Kolkata dan dia kemudiannya diserahkan kepada polis di New Delhi.

Sumber: Siakap Keli

Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat (CISF) segera bertindak selepas menerima maklumat daripada Ketua Pegawai Keselamatan syarikat penerbangan AirAsia yang mengarahkan pihak Lufthansa untuk mengenal pasti identiti penumpang yang disyaki menyamar sebagai juruterbang syarikat penerbangan itu.

Rajan turut memiliki kad pengenalan palsu juruterbang Lufthansa dan menggunakannya untuk mendapatkan keistimewaan di lapangan terbang.

Dalam pada itu, pegawai CISF menjelaskan, “Penumpang mendedahkan penyamar tersebut pernah muncul dalam video di YouTube dan lelaki itu mendapatkan kad pengenalan palsu di Bangkok.”

Bukan sahaja penyamar terbabit pernah merakamkan video di YouTube, tetapi Rajan turut merakamkan video di sebuah aplikasi media sosial lain iaitu TikTok sambil memakai pakaian seragam.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Lapangan Terbang Indira Gandhi iaitu Sanjay Bhatia, “Rajan mengaku sering memakai pakaian juruterbang untuk mendapatkan akses mudah semasa pemeriksaan keselamatan dan layanan istimewa daripada agensi keselamatan serta syarikat penerbangan.”

Adakah anda sanggup menjadi seperti Rajan dan ditahan oleh pihak polis dalam menjadikan cita-cita anda yang sudah lama terbuku dalam hati sebuah realiti?

Artikel Lain Untuk Di Baca