Dipercayai Hilang, Budak Perempuan Ini Ditemui Semula Selepas 6 Tahun Di Bilik Hotel Dalam Keadaan Kelaparan

Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang pada tahun 2014 ditemui oleh ejen FBI dalam keadaan kurus tetapi masih hidup selepas enam tahun kemudian.

Dilaporkan hilang pada usia 11 tahun, Penelope Inks ditemui di sebuah hotel di Madisonville, Texas awal bulan ini.

“Dia menikmati makanan pertamanya tetapi enggan untuk makan. Dia sangat kurus dan berat badannya sekitar 74 paun pada usia 16 tahun.

Dia keliru siapa yang harus dipercayai atau tidak boleh dipercayai,” kata Philip Klein iaitu penyiasat yang diupah oleh bapa Penelope untuk menjejaki anaknya.

Ibu kepada Penelope, Heather.

Heather melarikan anaknya itu setelah bekas suaminya diberikan hak penjagaan penuh ke atas Penelope.

Penelope kini di bawah jagaan pusat perlindungan kanak-kanak dan akan kembali semula ke pangkuan bapanya selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan mental.

Penelope yang dipercayai hilang bersama ibunya yang juga merupakan seorang model selepas bapa Penelope diberikan hak penjagaan terhadapnya.

Menurut laporan, Heather telah menggunakan beberapa nama palsu untuk mengelakkan dirinya daripada dikesan oleh pihak berkuasa yang memburunya akibat melarikan Penelope.

Remaja itu diselamatkan selepas ibunya menghubungi pihak polis dan mendakwa bekas suaminya cuba meracun dirinya.

Bagaimanapun, penyiasat dapat mengesan lokasi melalui panggilan yang dibuat dan menjumpai Penelope ditinggalkan dalam keadaan kelaparan di sebuah bilik hotel.

Heather kemudian ditangkap dan didakwa atas kesalahan menculik.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama dengan cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca