Dipercayai Berketurunan Makhluk Genderuwo, Pasangan Ini Bunuh Anak Kandung

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun telah ditemui meninggal dunia di kediamannya kerana dibunuh kedua ibu bapanya sendiri di Temanggung, Indonesia.

Pasangan suami isteri, Marsudi, 42, dan Suwartinah, 38, dikatakan telah membunuh anak kandung mereka sendiri, Aisyah Latifatul Humairoh, 7, yang dipercayai mempunyai keturunan makhluk mitos Genderuwo.

Pembunuhan tersebut juga melibatkan jiran kepada kedua-dua pasangan suami isteri itu, Haryono, 56, dan juga Budiono, 43, yang merupakan seorang bomoh.

Lebih mengejutkan, kanak-kanak perempuan itu dilaporkan telah dibunuh sejak Januari yang lalu dengan bantuan kedua-dua jiran mereka itu.

Pasangan suami isteri itu menjelaskan bahawa mereka membunuh anak kandungnya atas alasan Aisyah yang berkelakuan nakal itu dipercayai mempunyai keturunan Genderuwo, iaitu makhluk mitos yang terkenal di Jawa.

Bagi menghilangkan aura Genderuwo, Haryono telah menyuruh Marsudi dan Suwartinah yang dibantu Budiono untuk melakukan ritual dengan menenggelamkan kepala anaknya itu dalam kolah mandi sehingga tidak boleh bernafas dan meninggal dunia.

Walaupun mangsa sudahpun meninggal dunia, Haryono meyakinkan pasangan suami isteri tersebut bahawa itu hanyalah sementara dan anaknya akan hidup lagi selepas empat bulan.

Kedua-dua pasangan suami isteri tersebut hanya menurut dan mempercayai kata-kata jirannya itu dan menyimpan jasad anaknya di dalam bilik dan merawat mayat itu setiap dua kali seminggu agar tidak berbau.

Penduduk kampung mendapat laporan dari bapa dan ibu saudara mangsa yang curiga kerana sudah hampir dua bulan anak saudara mereka itu tidak ada di rumahnya.

Ketika ditanya kepada ibu bapa mangsa, mereka hanya memberikan alasan bahawa Aisyah tinggal di rumah datuknya.

Bagi memastikan perkara tersebut, bapa dan ibu saudaranya melawat ke rumah datuknya itu tetapi Aisyah tetap ditemukan di rumah tersebut.

Setelah didesak, kedua-dua ibu bapa mangsa akhirnya menunjukkan mayat Aisyah yang disembunyikan di dalam bilik yang hanya tinggal rangka sahaja.

Kejadian yang berlaku pada Januari itu dilaporkan pada 16 Mei yang lalu oleh penduduk kampung yang mendapati berita itu daripada kedua bapa dan ibu saudara mangsa setelah melihat kondisi anak saudara mereka itu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca