Dipercayai Akibat Strok Haba, Kanak-Kanak Usia Setahun Ini Hembuskan Nafas Terakhir

Seorang kanak-kanak perempuan yang baru sahaja berusia satu tahun dan tujuh bulan disahkan menghembuskan nafas terakhir kerana strok haba di Kota Bharu, Kelantan pada Selasa lalu.

Air dalam badan kering dan paru-paru kecut

Sumber: Astro Awani

Memetik laporan Astro Awani, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir berkata puteri tunggalnya iaitu Nur Imani mula batuk sejak seminggu lalu dan mengalami simptom muntah-muntah beberapa hari selepas itu.

“Punca kematian hasil post-mortem adalah disebabkan strok haba. Air dalam badan semua kering. Paru-paru sudah kecut semua,” ujarnya.

Anak mula kritikal pada Isnin malam

Faris menjelaskan anak tunggalnya itu mula berada di tahap kritikal sejak Isnin malam.

Selepas melihat keadaan anak yang mula lemah, Faris dan isterinya membawa Imani ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan sebelum diminta menghantar kanak-kanak itu ke hospital.

“Semasa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II, keadaan anak saya lemah dan kesejukan.

Namun doktor yang bertugas di unit kecemasan pada malam berkenaan hanya memberikan ubat dan meminta kami membawa pulang anak kami.

Doktor bagi balik, saya pun tak tahu. Memang niat nak suruh masuk wad sebab anak saya lembik dah,” tambahnya.

Menurut Faris lagi, keadaan anaknya semakin teruk sebelum mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.20 pagi Selasa.

Gambar hanya sekadar hiasan. Sumber: Free Malaysia Today

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Kelantan disyaki meninggal dunia kerana strok haba dan penyahhidratan (dehydration).

Kanak-kanak itu dikatakan bermain di luar rumah pada hari raya pertama ketika cuaca panas.

Hasil bedah siasat mendapati buah pinggang dan jantung kanak-kanak lelaki itu rosak dengan penyahhidratan yang teruk.

Dalam pada itu, Astro Awani melaporkan punca dua kanak-kanak berusia sebelas tahun dan setahun tujuh bulan yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba masih lagi dalam siasatan.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr. Zaini Hussin menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca