Dipecat Kerana Didakwa Sudah Menopaus, Wanita Ini Terima Pampasan RM110,359

Hanya kerana didakwa sudah menopaus (putus haid), seorang wanita di Essex, London, United Kingdom dipecat oleh majikannya dan menerima pampasan kira-kira 20,058 pound (RM110,359).

Memetik laporan BBC, wanita yang dikenali sebagai Leigh Best dipecat sebagai pembantu jualan di kedai makanan mentah untuk kucing dan anjing selepas dia membangkitkan isu keselamatan COVID-19.

Sumber: BBC

Leigh mendakwa dia diganggu oleh majikannya hanya kerana umur dan jantinanya sehingga menyebabkan dia berasa malu serta terhina.

Tribunal pekerja di East London Hearing Centre turut memutuskan wanita yang berusia 54 tahun itu diberikan pampasan sebanyak 20,057.74 pound (RM110,314) termasuk 680 pound (RM3,739) untuk kehilangan gaji, 10,000 pound (RM55,057) untuk kerugian menyalahi undang-undang dan 4,000 pound (RM22,021) sebagai pampasan untuk gangguan serta penganiayaan.

Leigh telah bekerja di syarikat tersebut dari 29 Januari sehingga 11 Mei 2020 dan pengarah syarikat itu merupakan sepasang suami isteri iaitu David dan Andrea Fletcher.

Perbicaraan di tribunal turut mendengar majikan lelakinya iaitu David menjerit Leigh pasti sudah menopaus pada 20 Mac 2020 ketika mereka bertengkar tentang arahan keselamatan COVID-19. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca