Dipatuk Kepala Ular Yang Baru Dipotong, Chef Ini Temui Ajal Terkena Bisa

dipatuk-kepala-ular-yang-baru-dipotong-chef-ini-temui-terkena-bisa
Sumber: Detik Food

Nasib malang telah menimpa seorang cef apabila dipatuk kepala ular tedung yang baru dipotong ketika menyiapkan hidangan sup ular yang amat terkenal di bahagian selatan China.

Peng Fan dari bandar Foshan telah menghabiskan masa selama 20 minit untuk menyediakan hidangannya dan memotong kepala ular tedung berbisa itu, menurut laporan portal Daily Record pada 25 Ogos lalu.

Dikhabarkan, ketika mencapai kepala haiwan itu untuk dibuang ke dalam tong sampah, secara tiba-tiba ia mematuk lelaki terbabit. Perkara ini menyebabkan suasana bertukar kecoh dan memeranjatkan pelanggan yang berada di restoran tersebut.

Lin Sun, 44, salah seorang pelanggan berkata, dia sedang makan di restoran tersebut sempena sambutan ulang tahun kelahiran isterinya apabila suasana bertukar menjadi kecoh.

Mereka yang mendengar jeritan dari arah dapur pada awalnya tidak tahu apa yang sedang berlaku.

“Pekerja restoran kemudiannya menghubungi doktor. Namun sebaik sahaja perubatan tiba, lelaki itu dilaporkan sudah tidak bernyawa. Selepas mendengar berita itu, kami terus berhenti makan,” katanya.

Bisa daripada ular tedung itu mengandungi neurotoksin yang boleh membunuh dalam masa 20 minit selain mengakibatkan lumpuh dan membuatkan mangsa mengalami sesak nafas sehingga boleh membawa maut.

Dipercayai bahawa terdapat penawar bagi bisa tersebut, namun ia perlu diberikan kepada mangsa secepat mungkin.

Menurut seorang pakar, ular dan beberapa reptilia lain masih boleh bergerak sehingga satu jam selepas dibunuh.

Tambahnya lagi, tidak mustahil haiwan itu masih hidup dan mengigit tangan Peng Fan. Selepas kepala ular tersebut dipotong, ia dianggap telah namun masih terdapat pergerakan reflektif. Ini bermakna ular masih boleh mematuk meskipun selepas kepalanya cedera teruk.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca