Dipaksa Tidak Berbaju Untuk X-Ray Melalui ‘Video Call’, Pelajar Ini Ditipu Polis ‘Scammer’

Seorang pelajar antarabangsa, 21, di Singapura ini disuruh untuk menyumbat kain ke dalam mulut, menutup mata dengan kain sebelum dipaksa untuk tidak berbaju dalam sebuah panggilan video bersama ‘pegawai polis’ dari China.

Pelajar itu dikatakan telah dihubungi ‘pegawai polis’ tersebut pada awal bulan lalu dan memberitahu bahawa dia sedang disiasat atas kesalahan pengubahan wang haram.

‘Pegawai polis’ tersebut telah mengarahkan seorang lelaki berusia 33 tahun di Singapura untuk menyerahkan telefon bimbit serta kad SIM dan menempah bilik di sebuah hotel untuk pelajar tersebut menginap.

Di hotel, pelajar tersebut diletakkan bersama seorang lelaki berusia 61 tahun yang kemudiannya menawarkan kediamannya untuk pelajar itu tumpang tinggal buat sementara waktu.

Lelaki berusia 61 tahun tersebut dikatakan turut menjadi mangsa ‘pegawai polis’ tersebut.

Pelajar itu telah diarahkan untuk menanggalkan bajunya, menyumbat kain ke dalam mulut dan menutup matanya dengan kain untuk membuat imbasan ‘X-ray’ melalui panggilan video tersebut.

Selain daripada itu, pelajar tersebut turut disuruh untuk mengasingkan dirinya di dalam bilik hotel itu dan tidak berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya sejak 16 Mei.

Kedua ibu bapa mangsa yang menetap di China itu telah membuat laporan polis setelah tidak dapat menghubungi mangsa yang berada di Singapura itu sejak 16 Mei lalu.

Ternyata, ‘pegawai polis’ tersebut merupakan seorang scammer yang menghantar video pelajar tersebut dalam keadaan sedemikian kepada kedua ibu bapanya yang berada di China.

Sumber: Mothership.Sg

Pada 20 Mei, scammer tersebut kemudiannya menuntut duit tebusan sebanyak enam juta Yuan iaitu sekitar RM3,888,697.48 daripada kedua orang tua mangsa tetapi mereka enggan untuk membayar duit tebusan tersebut.

Akhirnya, pelajar itu dijumpai dalam keadaan yang selamat di Singapura di kediaman lelaki berusia 61 tahun tersebut.

Mangsa mengatakan bahawa dia mempercayai scammer tersebut kerana mereka mempunyai maklumat peribadinya dan kelihatan seperti pegawai polis.

Pelajar tersebut menjelaskan bahawa scammer tersebut memakai uniform lengkap dan latar belakangnya kelihatan seperti di stesen polis.

Skim penipuan seperti tersebut dikatakan merupakan perkara yang kerap sekali berlaku di China.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca