Dipaksa Layan 31 Orang Lelaki Lebih 100 Kali, Ini Kisah Hidup Menyayat Hati Pelakon Boys Over Flowers Jang Ja-Yeon

Sekiranya anda merupakan peminat K-Pop, pasti nama filem Boys Over Flowers bukanlah sesuatu yang terlalu asing untuk didengari. Merupakan salah satu drama paling ikonik di Korea Selatan, Boys Over Flower ialah pemangkin karier kepada beberapa selebriti sehingga mereka menjadi terkenal pada masa ini.

Salah seorang pelakon yang mula popularitinya mula meningkat naik selepas drama ini mula ditayangkan adalah Jang Ja-yeon. Di dalam drama berdurasi 25 episod ini, selebriti cantik ini memegang watak sebagai Park Sun-ja atau Sunny.

Walau bagaimanapun, selebriti muda ini tidak sempat untuk menikmati zaman kegemilangannya apabila dia ditemui mati tergantung di kediamannya di Bundang, Gyeonggi-do pada 7 Mac 2009.

Namun begitu, pendedahan kisah hidupnya menerusi sebuah diari lebih menggemparkan dunia sehinggakan ia masih diperkatakan pada hari ini.

Sisi gelap industri hiburan Korea Selatan

https://twitter.com/MuhammadFatrim/status/1202077696194465793?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1202077696194465793&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fthe-secret-scandal-bongkar-diari-dedah-cerita-sebenar-kematian-jang-ja-yeon-bintang-boys-over-flower%2F

Menerusi bebenang yang dikongsikan Muhammad Fatrim di laman sosial Twitter, Jang Ja-yeon merupakan salah seorang mangsa sisi gelap industri hiburan Korea Selatan.

Dilahirkan pada 25 Januari 1980, Jang Ja-yeon memulakan kariernya di dalam industri hiburan Korea Selatan pada tahun 2006 selepas dia muncul di dalam sebuah iklan di televisyen. Boys Over Flowers (2008) merupakan drama bersiri pertama yang dibintanginya.

Ketika inilah Jang Ja-yeon mula dihimpit pelbagai tekanan berat.

Dek kerana tidak tahan diperlakukan seperti hamba seks, Jang Ja-yeon pernah protes terhadap tindakan pengurusnya. Namun begitu, malang buat gadis terbabit apabila dia teruk dimarahi, dikurung bak haiwan dan dipukul hampir setiap hari.

Akhirnya, pada tarikh 7 Mac 2009, Jang Ja-yeon ditemui tergantung pada pemegang tangga di rumah oleh kakaknya kira-kira jam 7.30 petang. Beliau disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

‘Nota bunuh diri’

Tidak berapa lama selepas kematiannya, kandungan diari Jang Ja-yeon yang akhirnya ditemui setelah sekian lama akhirnya didedahkan kepada umum.

Menerusi luahan diari yang kini dikenali sebagai nota bunuh diri Jang Ja-yeon, selebriti terbabit telah menyenaraikan sebanyak 31 nama lelaki yang menjadikan dirinya sebagai hamba seks. Sebahagian besar daripada mereka yang berada di dalam senarai terbabit merupakan individu berpengaruh di Korea Selatan seperti ahli politik, ahli perniagaan dan banyak lagi.

Kisah hidup Jang Ja-yeon yan cukup tragis ini telah menjadi inspirasi kepada penerbitan sebuah filem bertajuk The Secret Scandal pada tahun 2014.

Penulis mengucapkan takziah buat keluarga Jang Ja-yeon dan berharap keadilan akan segera ditegakkan buat mendiang selebriti itu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca