Dipaksa Bayar RM118,300 Lepas Anak Calarkan 10 Audi, Alasan Ibu Bapa Ini Ditolak Mahkamah

Sepasang suami isteri terpaksa menanggung beban apabila dipaksa membayar wang sejumlah RM118,300 selepas anak perempuan mereka bertindak mencalarkan 10 buah kereta jenama Audi dengan menggunakan sebuah batu kecil.

Kejadian terbabit dilaporkan berlaku di sebuah pameran kenderaan di Guilin China pada 24 November lalu. Sebanyak 10 buah kereta berjaya dicalarkan kanak-kanak terbabit dan salah satunya adalah Audi keluaran terbaru yakni Audi Q8 yang dijangka berada di pasaran pada tahun hadapan.

Menurut laporan majalang China Xiaokang, pengedar kenderaan berjenama tersebut pada mulanya meminta pasangan itu membayar ganti rugi berjumlah 200,000 yuan yakni bersamaan dengan RM118,300 namun ditolak suami isteri itu kerana beranggapan jumlahnya terlalu tinggi.

Menurut pengedar kenderaan itu, kesemua kenderaan yang sudah dirosakkan tidak lagi boleh dipasarkan sebagai kereta baharu meskipun sudah dibetulkan. Tambahnya lagi, dia boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya pembeli mengetahui akan kerosakan yang pernah dialami Audi tersebut.

Oleh kerana tiada kata persefahaman dapat dicapai, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membawa kes berkenaan ke muka pengadilan. Akhirnya, pada 3 Disember lalu, keputusan muktamad dicapai di mana pasangan suami isteri itu harus membayar wang sejumlah 70,000 yuan (RM41,315) kepada pengedar kenderaan sebagai ganti rugi.

Pihak mahkamah dilaporkan menolak alasan yang diberikan pasangan itu di mana mereka mengatakan anak mereka masih kecil dan dia tidak faham apa-apa untuk mengurangkan jumlah pampasan yang telah ditetapkan.

Selain itu, hakim turut menasihati pasangan berkenaan supaya sentiasa memantau anak mereka dan membantu kanak-kanak itu untuk sentiasa menghargai barangan di sekelilingya dengan lebih baik.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca