#DioramaAhad: Wajarkah PKP Dilaksanakan Semula Di Malaysia?

Sejak beberapa hari lepas, kes jangkitan COVID-19 di negara kita menunjukkan peningkatan yang cukup membimbangkan. Susulan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu perutusan khas pada Rabu lalu memberi peringatan kepada seluruh rakyat bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin terpaksa dilaksanakan semula sekiranya kes COVID-19 di dalam negara meningkat dengan mendadak.

Sumber: The Star

Untuk rekod, kes harian COVID-19 yang direkodkan di Malaysia adalah sekitar satu, dua dan adakalanya tiga digit tanpa pernah mencatatkan kes sifar. Ini sekali gus memberi gambaran bahawa rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia masih belum dapat diputuskan sepenuhnya.

Berdasarkan dapatan yang diperoleh oleh para penyelidik dari seluruh dunia dan trend kes yang dilaporkan, jangkitan wabak yang setakat ini telah meragut hampir satu juta nyawa di seluruh dunia dijangka bakal berterusan untuk suatu tempoh masa yang agak lama. Dengan situasi ini, sesiapa sahaja tidak terkecuali untuk terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19 memandangkan vaksin pun masih belum ditemui.

Pada pendapat penulis, sekiranya PKP dilaksanakan semua, ia sudah pasti akan memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat dan juga ekonomi negara. Kita tidak boleh pergi ke mana-mana dan terpaksa duduk di rumah seperti sebelum ini. Malah, mungkin ramai yang akan hilang punca pendapatan berikutan industri tidak boleh beroperasi seperti biasa dan terpaksa membuang pekerja.

Sekarang, tanggungjawab untuk memerangi COVID-19 bukan hanya terletak pada kerajaan dan petugas barisan hadapan tetapi ia menjadi tanggungjawab yang harus digalas setiap seorang daripada kita. Dalam erti kata lain, kita adalah ‘petugas barisan hadapan’ yang perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Sumber: Asia Times

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar terus berwaspada dan tidak leka terhadap peraturan berkenaan pemakaian pelitup muka, kuarantin dan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang masih berkuat kuasa supaya penularan wabak COVID-19 di negara kita dapat dikawal.

Kita jaga kita.

Untuk baca artikel-artikel lain dalam segmen Diorama Ahad, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca