Pada 8 Julai lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad telah mengumumkan bahawa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan dibuka semula sepenuhnya pada bulan Oktober depan. Pengumuman itu telah menerima pelbagai reaksi orang ramai terutamanya daripada para pelajar IPT sendiri. Rata-ratanya tidak berpuas hati memandangkan sebelum ini, pengajaran dan pembelajaran (PdP) di semua kampus dikatakan perlu dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember ini.

Arahan itu (PdP secara dalam talian sehingga 31 Disember) sekali gus membuatkan majoriti pelajar mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak rumah sewa dan membawa pulang semua barang masing-masing. Maka, tidak hairanlah rata-rata menyuarakan ketidakpuasan hati apabila mendengar pengumuman daripada Dr. Noraini tempoh hari. Mana tidaknya, ada yang terpaksa datang dari jauh semata-mata untuk mengosongkan kampus.
KPT: Kemasukan pelajar sepenuhnya pada Oktober 2020 – Menteri Pengajian Tinggi pic.twitter.com/PAAqzz4PRh
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) July 8, 2020
Sedar akan masalah yang mungkin dihadapi sebahagian pelajar ekoran pengumuman tersebut, Dr. Noraini memaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan IPT akan tampil dengan inisiatif untuk menangani isu-isu berkaitan khususnya isu penginapan dan tiket penerbangan untuk kembali ke kampus.
menyampah aku dengar rintihan budak2 IPT ni. firstly, yang awal2 suruh korang kosongkan kolej tu uni korang, bukan kerajaan. lepastu october is 3 months away, sama macam semester break. also some people NEEDS to get back in uni to do physical work, jangan fikir tekak kau je.
— risk saidon (@lattedingin) July 10, 2020
Tinjauan penulis di media sosial mendapati bahawa ada segelintir warganet yang menyifatkan penuntut IPT sebagai manja kerana menyuarakan ketidakpuasan hati sejurus pengumuman tentang pembukaan semula kampus itu dibuat.
Pada pendapat penulis, mereka bukannya manja mahupun malas tetapi mereka cuma meluahkan kebimbangan memandangkan KPT sebelum ini sudah memutuskan bahawa PdP akan dilaksakan secara dalam talian sehingga 31 Disember.

Oleh sebab itu, masing-masing sudah membuat tindakan yang sepatutnya seiring dengan keputusan yang dibuat oleh pihak KPT. Ada yang datang dari jauh, ada yang menggunakan perkhidmatan penghantaran untuk membawa pulang barang masing-masing akibat kekangan pengangkutan dan ada yang sudah menamatkan kontrak rumah sewa serta internet.
Jadi, apabila tarikh pembukaan IPT tiba-tiba diawalkan, memang wajar mereka mempersoalkan keputusan itu. Apa yang para penuntut lakukan sebelum ini semuanya menggunakan wang, masa dan tenaga. Mungkin pada kita, wang yang terpaksa digunakan untuk ulang-alik ke kampus mengambil barang tidak seberapa tapi mungkin pada orang lain, hanya itu yang mereka ada. Inilah kenapa pentingnya untuk kita letak diri kita di tempat orang lain sebelum menuding jari dan mempersoalkan tindakan mereka.
First, they told us to go home. Sampai penuh balai polis.
— Abul Kuat (@pineabul) July 9, 2020
Then, they said don’t go home.
“Stay where you are.”
Few months later, they sent us all home and announced universities to be closed until December.
Now, we’re to be back by October.
How is this not a problem? https://t.co/XMf8KM5N5B
Dalam pada itu, penulis berharap agar pihak KPT dapat meneliti maklum balas dan keluhan daripada orang ramai khususnya para siswa. Apabila menjadi seorang menteri atau mewakili sebuah kementerian, apa-apa keputusan yang akan dibuat perlu dikaji dengan teliti kerana ia akan memberi kesan kepada ramai pihak.
Apa-apa pun, harapan penulis adalah agar pihak KPT dapat tampil dengan inisiatif bagi membantu penuntut yang terkesan dengan keputusan yang dibuat.
*Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.
Untuk baca artikel-artikel lain dalam segmen Diorama Ahad, anda boleh klik pada pautan di bawah: