Wabak COVID-19 yang melanda Malaysia secara tidak langsung menyebabkan kita semua terpaksa hidup dalam norma baharu. Keadaan ini juga sekali gus telah menghalang beberapa acara besar daripada berjalan seperti biasa. Turut terkesan dengan norma baharu ini adalah majlis istiadat konvokesyen memandangkan ia tersenarai sebagai salah satu acara yang melibatkan perhimpunan orang ramai dalam satu masa.
Baru-baru ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah tampil dengan satu cadangan untuk meneruskan istiadat konvokesyen yang tertangguh sebelum ini akibat pandemik COVID-19 menggunakan kaedah yang selari dengan norma baharu.
Menerusi satu video yang dimuat naik di laman YouTube Bahagian Rekod Pelajar & Konvokesyen UiTM, penganugerahan diploma dan ijazah dicadangkan untuk diadakan secara janji temu di mana tiada lagi pengambilan skrol di atas pentas tetapi hanya menggunakan skrin hijau (green screen).

Difahamkan, para graduan akan melalui proses saringan COVID-19 terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke kampus. Seterusnya, mereka akan mengambil jubah konvokesyen dan merakam gambar di hadapan skrin hijau.

Gambar tersebut kemudiannya akan disunting untuk memperlihatkan seolah-olah graduan sedang menerima skrol daripada Yang di-Pertuan Agong, Naib Canselor atau Rektor. Secara keseluruhannya, seorang graduan dikatakan hanya mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja bagi menyempurnakan majlis penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu ini.
Adakah para graduan UiTM setuju penganugerahan ijazah/diploma diadakan secara janji temu?
— LEJEN (@LejenPress) June 25, 2020
Cadangan itu bagaimanapun tidak disambut baik oleh majoriti graduan UiTM. Tinjauan penulis di laman sosial Twitter mendapati rata-rata graduan menyuarakan ketidakpuasan hati dengan kaedah pengambilan skrol menggunakan skrin hijau itu. Ramai yang menyatakan bahawa mereka lebih rela majlis istiadat konvokesyen mereka ditangguhkan daripada menerima skrol berlatarbelakangkan skrin hijau.
Sokong idea convocation by appointment oleh UiTM.#konvo #konvekesyen #convo #UiTMdihatiku pic.twitter.com/YE1QJz1SSB
— Imran (@khairulimran_) June 24, 2020
Dalam pada itu, ada juga segelintir graduan yang menyokong cadangan yang diutarakan oleh pihak UiTM itu. Kata mereka, kaedah ini tidak renyah seperti majlis istiadat konvokesyen yang sebenar di mana para graduan perlu beratur dan tunggu berjam-jam di dalam dewan bagi menunggu giliran untuk naik pentas menerima skrol.
Kita semua faham that this is the new norm that everyone has to get used to. But I’d rather have them postpone the convocation. I didn’t hustle for two & a half years just to attend green screen convocation. https://t.co/zZxUMp5C0k
— Qaisara Afiqah (@qaisaraafiqah) June 25, 2020
Pada pendapat penulis yang juga merupakan salah seorang graduan UiTM dan sepatutnya menghadiri majlis istiadat konvokesyen pada bulan Mac lalu, penganugerahan ijazah dan diploma menerusi janji temu itu tidak wajar dilakukan kerana ia seolah-olah tidak berbaloi dengan usaha kami selama ini.
I WANT TO SING UITM DI HATIKU FROM THE TOP OF MY LUNGS, BEING SURROUNDED BY MY DEAR COURSEMATES AND CRY BECAUSE THAT WAS THE BEST 3 YEARS OF MY LIFE
— 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐜𝐮𝐩 (@juuulan_) June 25, 2020
IS THAT TOO MUCH TO ASK 😭😭😭
Perasaan apabila mendengar nama sendiri dipanggil naik ke pentas untuk menerima skrol, perasaan semasa berjalan naik ke pentas diiringi dengan tepukan daripada keluarga dan rakan-rakan, melihat wajah gembira ibu bapa, menyanyikan lagu Wawasan Setia dan UiTM Di Hatiku buat terakhir kalinya, semua ini tidak akan dapat dilalui sekiranya majlis istiadat konvokesyen diadakan secara janji temu.
Oleh itu, penulis berharap agar pihak UiTM dapat mempertimbangkan maklum balas para graduan sebelum membuat sebarang keputusan rasmi. Kami berhempas pulas selama beberapa tahun menghabiskan pelajaran masing-masing bukan untuk mengambil skrol menggunakan skrin hijau.
*Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.
Untuk baca artikel-artikel lain dalam segmen Diorama Ahad, anda boleh klik pada pautan di bawah: