Beberapa hari lepas, nama Nabila Razali menjadi trending di laman sosial Twitter selepas pelancaran video muzik single terbaharunya, Peluang Kedua yang turut menampilkan penyanyi rap kegilaan ramai, MK K-Clique menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Video muzik tersebut menerima sambutan yang begitu hebat apabila berjaya mencatat lebih enam juta tontonan sejak ia dilancarkan pada 18 Ogos lalu.
Di saat Nabila meluahkan rasa syukur dengan sambutan yang diterima oleh para peminat menerusi laman sosial Twitter, ada yang kurang senang dengan kejayaan yang dikecapi penyanyi berusia 27 tahun itu.
Seorang pengguna Twitter iaitu Khuzrin Kamarudin tampil membalas ciapan Nabila dengan mengatakan kita kini berada di zaman di mana kualiti sesuatu lagu terletak pada jumlah tontonan manakala penilaian juri pula adalah sampah. Tulisnya lagi, sebab itulah muzik negara kita menuju jahanam.
Kita berada di zaman ‘views’ ialah kualiti dan penilaian juri ialah sampah. Sebab tu muzik kita menuju jahanam. https://t.co/QMnDLjR6Sr
— Khuzrin Kamarudin (@_Khuzrin_) August 24, 2020
Ciapan tersebut telah mencuri perhatian warga Twitter di mana semasa artikel ini ditulis, ia mencatat lebih 15,000 ulang kicau dan hampir 20,000 tanda suka. Tinjauan penulis di ruangan komen juga mendapati masing-masing tidak melepaskan peluang untuk melontarkan pendapat berkenaan kenyataan itu.

Pada masa yang sama, ramai yang bertindak mengecam Nabila dan mengatakan anak kelahiran Selangor itu langsung tiada bakat dalam bidang nyanyian dan hanya menumpang populariti MK semata-mata.
Kesian nabila razali, orang tak habis2 kecam dia kata suara dia tak sedap. Don’t come at me saying “but it’s our honest opinion” – yes, everyone’s entitled to their own opinion but you can do it in an extremely respectful manner, especially when she hasn’t done any harm to you.
— one-e (@waniannuar) August 23, 2020
Tidak dinafikan, setiap orang berhak untuk melontarkan pendapat masing-masing tetapi harus diingat, pendapat dan hinaan adalah dua perkara berbeza. Penulis lihat ramai yang kononnya ingin memberi pendapat tentang nyanyian Nabila tetapi tanpa sedar, pendapat itu telah bertukar menjadi kecaman dan hinaan yang menjurus kepada buli siber.
View this post on InstagramHormat. Baca sampai habis. Faham ❤️
A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut) on
Isu dakwaan yang mengatakan Nabila menggunakan populariti MK untuk melariskan muzik video Peluang Kedua pula, bagi penulis, jika benar sekalipun, ia sama sekali tidak salah. Benda yang paling penting dalam semua perkara adalah pemasaran. Dalam hal ini, tiada istilah salah atau berdosa jika Nabila menggunakan MK untuk tujuan itu.
Malah, tuan punya badan sendiri tiada masalah untuk berkolaborasi bersama Nabila. Kenapa orang lain pula yang ‘panas’?

Penulis bukanlah peminat setia atau ‘kipas’ nombor satu Nabila tetapi penulis cuma sedih melihatkan realiti sebenar media sosial hari ini. Jari-jemari ligat menaip kecaman yang tanpa kita sedar boleh lukakan hati orang lain.
Unnecessary hatred lah towards singers like nabila razali or whoever :/ if you dont like their voice or their songs, just don’t listen to it. They surely worked hard and excited doing it just for you guys to show so much hatred
— syafiqa (@mellowine1) August 25, 2020
Apa-apa pun, semoga kita semua dijauhkan daripada menjadi seorang yang biadap dan kurang ajar terutamanya di sebalik skrin telefon pintar. Carilah aktiviti yang membawa faedah kepada diri dan juga orang lain kerana menjadi pejuang papan kekunci dan menyebarkan kebencian di alam maya sama sekali tidak berfaedah dan ia jelas telah banyak mencetuskan penghinaan yang tidak wajar.
*Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.
Untuk baca artikel-artikel lain dalam segmen Diorama Ahad, anda boleh klik pada pautan di bawah: