#DioramaAhad: Isu Kasut Hitam Sepatutnya Sudah Selesai

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilaporkan sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak sekolah berhubung pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking hitam. Perkara ini telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai di mana rata-ratanya tidak bersetuju memandangkan ibu bapa sudah menerima baik pemakaian kasut dan stoking hitam yang dikuatkuasa mulai sesi persekolahan awal Januari lalu.

Ada yang berpendapat bahawa KPM sepatutnya sudah membuat kajian dan mendapatkan maklum balas sebelum penguatkuasaan pemakaian kasut dan stoking hitam. Pada masa yang sama, timbul pelbagai persoalan termasuk ada segelintir pihak yang mengaitkan bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menggunakan kuasa veto, tanpa mendapatkan maklum balas KPM dalam menguatkuasakan perkara tersebut.

Terdahulu, Dr. Maszlee Malik mahu semua murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah memakai kasut hitam mulai 2019 susulan keluhan daripada ibu bapa yang mengadu mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka.

Pada pendapat penulis, isu ini sepatutnya sudah selesai. Dalam erti kata lain, tiada keperluan untuk KPM menjalankan kajian maklum balas tentang perkara ini. Pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking hitam ini bukan dibuat untuk suka-suka. Sudah tentu sekali Dr. Maszlee sebelum ini telah pun menilai apa impak daripada pelaksaanaan perkara tersebut.

https://twitter.com/padeli_/status/1217337249202704384

Paling jelas sekali adalah ia melibatkan golongan B40. Sudah terang lagi bersuluh yang kasut dan stoking hitam jauh lebih mesra poket berbanding kasut putih di mana ia cepat kotor dan perlu ditukar setiap tahun.

Banyak lagi perkara lain dalam bidang pendidikan negara yang perlu diberikan perhatian berbanding isu kasut dan stoking hitam. Apa-apa pun, diharap agar Tun Dr. Mahathir dan KPM dapat membuat keputusan sewajarnya supaya perkara ini tidak membebankan para pelajar, ibu bapa serta guru.

*Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Press Digital.

Untuk baca artikel lain dalam segmen Diorama Ahad, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca