#DioramaAhad: Isu Alya Iman Didakwa Sebagai ‘Homewrecker’ Dan ‘Pisau Cukur’, Siapa Yang Salah?

Baru-baru ini, nama pelakon baharu dalam industri hiburan Malaysia, Alya Iman menjadi topik perbualan warganet selepas tercetusnya kontroversi membabitkan dirinya dengan lelaki berstatus suami orang. Isteri kepada seorang usahawan yang dikenali sebagai Mahathir Mohd iaitu Penny Salman tampil mendakwa bahawa Alya telah menjalin hubungan sulit dengan suaminya sejak setahun lalu.

Sumber: Instagram Alya Iman

Menggelarkan gadis tinggi lampai itu sebagai homewrecker atau perosak rumah tangga dalam satu foto Alya yang dimuat naik menerusi laman sosial Instagram, pendedahan yang dibuat oleh Penny itu sekali gus membuatkan rata-rata warganet bertindak mengecam anak kepada pelakon legenda, Allahyarham Azmil Mustapha itu.

Tinjauan penulis di profil Instagram Alya yang baru sahaja berusia 19 tahun itu mendapati ruangan komennya dihujani dengan tohmahan daripada rata-rata pengguna laman sosial itu. Malah, ramai yang melabelkan Alya sebagai ‘pisau cukur’ kerana sanggup menggadaikan maruah semata-mata untuk hidup senang.

Walau bagaimanapun, Alya cuba untuk memperbetulkan keadaan dengan tampil menjelaskan bahawa dirinya sudah pun bertunang dengan Mahathir yang berusia 30 tahun itu sebelum bertindak memutuskan ikatan selepas mengetahui hubungan tersebut tidak diketahui serta dipersetujui oleh isteri lelaki berkenaan.

Sumber: Instagram Mahathir Mohd

Menurut Alya, dia sudah mengenali bapa kepada dua cahaya mata itu pada Jun 2019 atas urusan kerja semasa bertugas sebagai ejen produk kesihatan. Lelaki itu kemudian bertindak melamarnya dan mereka mengikat tali pertunangan pada 27 Februari lalu sempena ulang tahun kelahirannya.

Sumber: Instagram Mahathir Mohd

Penjelasan daripada Alya bagaimanapun membuatkan keadaan menjadi semakin keruh kerana tidak lama selepas itu, Penny tampil mendakwa yang semua itu hanya rekaan semata-mata untuk menutup kesalahannya. Pada masa yang sama, Penny juga mendakwa Alya menjalin hubungan sulit bersama suaminya atas dasar wang. Penny turut mengatakan yang kesemua barangan mewah seperti jam dan beg tangan milik Alya adalah pemberian suaminya.

Penulis tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini. Bagi penulis, jika dakwaan yang dilemparkan Penny itu benar maka kedua-dua pihak termasuklah suaminya sendiri adalah salah dalam hal ini.

It takes two to tango,” mungkin ini ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan apa yang penulis rasa berhubung isu ini. Memang tidak patut untuk seorang wanita menjadi perosak rumah tangga orang lain. Namun begitu, harus diingat bahawa perkara ini juga tidak akan terjadi sekiranya si lelaki bukan jenis melayan. Untuk curang dalam hubungan bukannya takdir tetapi ia adalah pilihan dan pilihan itu terletak dalam diri masing-masing.

Sumber: Instagram Alya Iman

Isu ‘pisau cukur’ pula, penulis sendiri memang menentang sekeras-kerasnya perbuatan itu. Bagi penulis, seorang wanita tidak perlu bergantung kepada lelaki untuk mendapatkan sesuatu terutamanya apabila ia melibatkan kebendaan. Wanita juga sama seperti lelaki, masing-masing ada kudrat untuk bekerja dan mencari rezeki yang halal, jadi kenapa perlu bergantung kepada orang lain untuk dapatkan sesuatu? Kita semua sama-sama manusia.

Apa-apa pun, diharapkan apa yang berlaku ini dapat dijadikan iktibar buat semua pihak termasuk diri kita sendiri.

*Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca artikel-artikel lain dalam segmen Diorama Ahad, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca