#DioramaAhad: Budak Sekolah ‘PM Tepi’ Perdana Menteri Suruh Tutup Sekolah, Ke Mana Hilangnya Adab?

Selepas hampir tiga bulan diarahkan tutup, semua sekolah di seluruh negara yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mula dibuka secara berperingkat bermula 15 Julai ini dengan mengaplikasikan tiga jenis model operasi.

Sumber: The Star

Susulan daripada pengumuman pembukaan sekolah oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin pada Rabu lepas, beberapa tangkap layar memaparkan reaksi segelintir pelajar sekolah menjadi tular di media sosial. Lebih mengejutkan, ada di antara mereka yang bertindak ‘PM tepi’ Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar pembukaan sekolah ditunda.

Tangkap layar yang tular ini sekali gus telah menaikkan kemarahan ramai pihak kerana ia menujukkan betapa biadapnya anak-anak muda zaman sekarang yang langsung tidak menghormati pemimpin negara. Inikah ciri-ciri pelajar yang bakal memimpin negara suatu masa akan datang?

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang mendoakan agar pandemik COVID-19 kembali berpanjangan semata-mata kerana tidak mahu ke sekolah. Katanya, lagi okey jika jumlah kes COVID-19 naik daripada harus pergi ke sekolah.

Malah, ada yang tampil memberi tips untuk dijangkiti wabak yang telah meragut 121 nyawa di Malaysia (setakat 4 Julai 2020) hanya kerana tidak mahu sekolah dibuka semula. Soalan penulis hanya satu, di manakah akal fikiran yang telah diberikan oleh Allah SWT jika kalian tidak menggunakannya?

Wahai adik-adik sekalian, apa yang kalian mahukan sebenarnya? Sewaktu sekolah diarahkan ditutup dan sesi pembelajaran kovensional terpaksa ditukar kepada dalam talian, ramai yang mengatakan bahawa perkara itu menyusahkan. Alasan sambungan internet perlahan selalunya dijadikan ‘modal’ untuk menutup kemalasan sendiri sedangkan apabila tiba masa untuk strim drama Korea, boleh sahaja.

Sekarang, apabila kerajaan mengarahkan sekolah untuk dibuka semula, lain pula yang kalian minta. Tinjauan penulis di media sosial mendapati ada yang mengatakan mungkin niat mereka berbuat demikian (seperti di tangkap layar di atas) hanya untuk bergurau. Kita perlu ingat yang bergurau pun ada batasnya. Bagi penulis, apa yang terpapar dalam tangkap layar di atas adalah sesuatu yang cukup biadap.

Pesanan penulis buat semua pembaca dan juga diri sendiri, tidak kira siapa pun kita, hidup biar beradap dan jangan sesekali jadi biadap.

*Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca artikel-artikel lain dalam segmen Diorama Ahad, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca