#DioramaAhad: Bilik Persis ‘Kapal Pecah’, Hotel Ini Terima ‘Hadiah’ Daripada Kluster ‘Kayangan’

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa foto memaparkan kerosakan teruk yang berlaku pada bilik di sebuah hotel ternama di Bandar Raya Kuching, Sarawak yang dijadikan sebagai pusat kuarantin COVID-19. Bilik tersebut dipercayai didiami oleh salah seorang daripada kluster ‘kayangan’.

Keadaan bilik yang tidak ubah seperti ‘kapal pecah’ itu telah mengundang amarah warganet di mana rata-rata menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu perbuatan terkutuk dan tidak bertanggungjawab.

Melihat kepada gambar yang tular, bilik yang didiami oleh seorang lelaki berusia 23 tahun itu jelas terjejas dan mengalami kerosakan teruk gara-gara perbuatan vandalisme. Malah, lelaki berkenaan juga didakwa tidak semena-mena bertindak membuang air kecil di atas bantal bilik hotel tersebut tanpa sebarang rasa bersalah.

Tidak cukup dengan itu, dia juga dilaporkan telah mencetuskan kekacauan apabila bertindak membakar botol cecair pembasmi kuman di lobi hotel tersebut. Namun begitu, tindakan pantas daripada kakitangan hotel terbabit berjaya memadam kebakaran kecil yang disengajakan itu.

Pada pendapat penulis, cuma ada dua situasi yang mendorong kepada perbuatan di atas. Pertama, si pelaku memang tidak waras dan mempunyai masalah mental. Kedua, kesihatan mental si pelaku baik-baik sahaja tetapi yang menjadi masalah adalah tiada perkataan bersyukur dalam kamus hidupnya.

Jika betul suspek mengalami masalah mental seperti yang disyaki oleh pihak berkuasa, maka apa yang berlaku memang benar-benar di luar kawalannya.

Tetapi, jika dia berbuat demikian sebagai tanda protes kerana terpaksa menjalani kuarantin dan menyendiri di dalam bilik, maka dia wajar dikenakan tindakan yang setimpal dengan perbuatannya itu.

Jika dia rasa terkongkong dengan arahan kerajaan itu, harus diingat bahawa bukan dia seorang sahaja yang terpaksa melalui perkara ini. Sekurang-kurangnya, makan dan minumnya ditanggung oleh kerajaan. Di luar sana, masih ramai yang mengikat perut demi kelangsungan hidup.

Apa-apa pun, diharapkan agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan yang telus terhadap kes ini.

*Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca artikel lain dalam segmen Diorama Ahad, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca