Hari demi hari, kes positif wabak COVID-19 di Malaysia semakin meningkat. Peningkatan secara mendadak ini turut memberi kesan kepada bekalan penutup hidung dan mulut, sarung tangan dan pakaian perlindungan diri (PPE) sehinggakan ada petugas barisan hadapan terpaksa memakai PPE yang dibuat sendiri daripada beg plastik sampah demi memastikan diri mereka dilindungi daripada jangkitan COVID-19.
Dengan kuasa tular di media sosial, perkara ini telah berjaya meraih perhatian ramai pihak di mana rata-rata bersimpati dengan nasib yang petugas barisan hadapan terpaksa lalui. Malah, keadaan itu juga membuatkan ada beberapa individu yang tampil mengumpul dana daripada orang ramai bagi meringankan beban mereka yang bertarung nyawa demi meletakkan titik noktah terhadap penularan wabak virus COVID-19.

Pada Sabtu lepas, seorang pengguna Twitter iaitu Umaira Haris telah memuat naik satu ciapan di laman sosial tersebut di mana dia menyuarakan rasa simpatinya terhadap mereka yang sanggup memakai beg plastik sampah sewaktu bertugas. Dalam ciapan yang sama, dia juga menyeru orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada para petugas menerusi akaun bank peribadinya.
Atas bantuan orang ramai yang sangat-sangat pemurah, tabung derma yang dibuka dalam tempoh 25 jam berjaya mencecah sehingga ke RM55055.01. Jadi aku terus tutup tabung, dari menerima sebarang derma lagi, risau barang tak cukup. Kita semua tahu 1 dunia kekurangan stock PPE set. pic.twitter.com/rh1COBuBRU
— tabung10sen (@tabung10sen) March 27, 2020
Dalam tempoh 25 jam tabung derma itu dilancarkan, Umaira menyatakan bahawa kutipan keseluruhan berjaya mencecah lebih RM55,000 di mana ia jauh melangkaui sasaran asalnya yang pada mulanya hanya menyasarkan 100 set PPE.
Di sebalik kesungguhan dan keikhlasan Umaira untuk membantu negara menangani wabak COVID-19, lain pula jadinya apabila dia sendiri berkongsi tangkap layar mesej peribadi daripada seorang pengguna Twitter yang bertanya tentang kemas kini terbaharu berkenaan dana tersebut.
Please tngk la dkt thread tu hari2 aku update, kalau supplier tak update lagi macam mana aku nak update. Korang ni hari2 setiap masa push aku. Aku tengok artis, mua, ngo tolong org x ada pula korg duk suruh update, update, update. Benda yg aku buat seronok lama2 jd menyampah la. pic.twitter.com/LOHb3LunVg
— umairaharis (@umairaharis) March 26, 2020
Apa yang membuatkan ramai tidak berpuas hati adalah apabila Umaira menyifatkan pertanyaan tersebut sebagai sesuatu yang menjengkelkan sedangkan setiap orang terutamanya mereka yang menderma berhak untuk tahu kemas kini tentang dana tersebut.
Semua yg sibuk suruh aku salur sana, salur sini. Ketahuilah aku pegang amanah org utk sampaikan barang2 pd hospital. Ada hospital2 yg dm aku minta rayuan hantar barang2 PPE pada mereka. Korang tahu x yg collect fund besar2 pun ambil masa lama? Sampai 2 minggu lebih tu paling cpt? pic.twitter.com/QThQap8yz2
— umairaharis (@umairaharis) March 27, 2020
Tinjauan penulis di laman Twitter mendapati Umaira cuba untuk menjelaskan situasi sebenar di mana menurutnya, kebanyakan pembekal PPE tidak dapat membekalkan pakaian tersebut dalam jumlah yang besar dan waktu yang singkat.
Seorang pengguna laman sosial itu kemudiannya tampil menyuruh Umaira supaya menyalurkan dana terkumpul itu kepada pihak yang sepatutnya kerana jumlah tersebut bukannya kecil.
Kau derma berapa? Bagi no acct kau sekarang aku bagi balik duit kau. Ke 1 sen pun tak derma? Tak derma kau senyap je. 💁🏻♀️💁🏻♀️💁🏻♀️ https://t.co/0f0v5hvU8I
— umairaharis (@umairaharis) March 27, 2020
Namun begitu, cara Umaira membalas ciapan tersebut membuatkan rata-rata menyifatkannya sebagai seorang yang biadap.
Dalam pada itu, ada yang mula meragui Umaira dan bimbang sekiranya semua sumbangan daripada orang ramai itu masuk ke poketnya sendiri.
Kahkahkahkahakahkah. Baru kenal aku ke? Ingat lepas fund ke aku baru share barang2 branded? Scroll twitter aku bawah2 sikit. Nanti berpeluh kau tengok lipstick aku sebatang pun lagi mahal dari duit makan kau seminggu. Apa yg branded? Instax ke branded? Kesian la lelaki skrg ni. https://t.co/0tpR1ozumr
— umairaharis (@umairaharis) March 27, 2020
Apabila seorang pengguna Twitter mendakwa foto barangan berjenama yang dikongsikan Umaira dibeli dengan hasil kutipan derma tadi, wanita itu mula ‘menyerang’ dan merendahkan individu berkenaan dengan mengatakan harga sebatang lipstik yang dipakainya jauh lebih mahal berbanding duit makan seminggu lelaki itu. Tindakan Umaira yang biadap dan merendahkan orang lain itu telah membuatkan dirinya dikecam oleh majoriti warga Twitter.
If u perhati, she’s using a maybank premier account. Of course she’ll be getting interest. Using her own personal account. Premier account is not like a normal savings account though 🙊 those yg kerja bank knows about premier account dengan normal acc punya differences 🙊
— Qils #StayAtHome🖤 (@qilssy) March 27, 2020
Malah, lebih membuatkan orang ramai meraguinya adalah apabila dia turut menggunakan akaun Premier Maybank untuk mengumpul dana tadi. Ada yang mendakwa bahawa dia seolah-olah ingin mendapatkan faedah daripada jumlah wang yang terkumpul dalam akaun tersebut.
Dia ni dulu scam i. Sekarang mana RM600 i? Dah nak 5 tahun tunggu ni https://t.co/tHSYyjqMDH
— aqeelah (@helloqeela) March 27, 2020
Tidak cukup dengan itu, ada seorang pengguna Twitter iaitu Aqeelah tampil mendakwa bahawa Umaira sebenarnya merupakan seorang scammer. Menurutnya, dia pernah ditipu wanita tersebut pada tahun 2013.
Pada pendapat penulis, segala pertanyaan terutamanya kemas kini tentang dana tersebut sepatutnya dijawab dengan baik oleh si pengutip derma memandangkan setiap orang berhak untuk tahu apa yang terjadi dengan wang yang terkumpul itu. Bagi penulis, tindakan Umaira merendahkan orang lain adalah cukup biadap dan tidak patut sama sekali. Jangan sesekali kita merendahkan orang lain kerana bumi ini bulat, ada masa kita di atas dan ada kalanya kita pula di bawah.
I know a lot of us are affected by COVID19 and want to give donation to the ones in need regardless of how big or small the amount. My advise, please donate to NGOs that are registered and make sure it’s from the right source. #kitajagakita
— Neelofa (@Neelofa) March 28, 2020
Apa yang terjadi ini juga diharapkan dapat dijadikan pengajaran untuk semua supaya menyalurkan bantuan ke saluran yang betul. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa apa yang wanita ini lakukan sebenarnya adalah salah di sisi undang-undang. Untuk pengetahuan semua, seseorang itu perlu berdiri dengan organisasi yang sah untuk membuat kutipan derma mewakili orang awam walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Jadi, sebelum anda salurkan apa-apa bantuan, pastikan individu atau pihak yang berkenaan mempunyai organisasi sah di sisi undang-undang untuk berbuat demikian.
*Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.
Untuk baca artikel lain dalam segmen Diorama Ahad, anda boleh klik pada pautan di bawah: