Dinobatkan Sebagai Asia Lonely Planet’s 2016, Ketahui 6 Tempat Menarik Di Perak

Tahukah anda? Negeri Perak pernah dinobatkan sebagai 9 daripada 10 teratas di rantau asia oleh Lonely Planet’s best in Travel 2017.

Berdasarkan statistik, Perak Darul Ridzuan mencatatkan bilangan pelawat domestik yang tertinggi di dalam Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

Berikut penulis kongsikan kepada anda berkenaan 6 tempat menarik di Perak:

1. Gua Tempurung, Gopeng

Gua Tempurung merupakan gua terpanjang di Malaysia. Gua berkelebaran seluas 3.4 kilometer ini dahulunya merupakan tempat perlombongan bijih timah.

Sebagai satu daripada lokasi bersejarah di Ipoh, tempat ini juga dikatakan sangat bersesuaian untuk dikunjungi oleh kanak-kanak dan semua golongan usia kecuali warga emas.

Terdapat pelbagai pakej yang disediakan kepada para pengunjung. Bagi mereka yang berniat ingin meneroka gua dengan lebih jauh, anda digalakkan untuk mengambil pakej Wet Tour.

2. Gaharu Tea Valley

Keindahan Gaharu Tea Valley ini seakan sama dengan keindahan ladang teh di Cameron Highland yang mana penanaman pokok-pokok gaharu ini adalah secara bertingkat-tingkat di lereng bukit.

Berjalan di kawasan ladang seluas 300 ekar sememangnya membuatkan pengunjung berasa keletihan. Namun, usah risau kerana pelancong akan dibawa oleh pemandu khas untuk mengelilingi seluruh ladang dengan menaiki van.

Terdapat tiga kawasan menarik yang boleh anda lawati sekiranya berkunjung ke Gaharu Tea Valley, antaranya ialah Gaharu View Stage, Hugging Park dan Lovers Park.

3. Lost World of Tambun

Taman tema air Lost World of Tambun sangat menarik untuk dikunjungi bagi meluangkan masa bersama seisi keluarga.

Menariknya, taman tema air ini turut menyediakan kemudahan kolam air panas khususnya kepada para pengunjung yang mengidamkan rekreasi mandian terapi seperti di spa kecantikan.

Lost World Hot Spring & Spa ini dibuka bermula dari jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam.

4. Tasik Cermin

Tasik Cermin merupakan satu daripada kawasan pelancongan yang menarik untuk dilawati pengunjung.

Meskipun perjalanan ke tasik ini memerlukan pengunjung untuk menempuh jalan yang berdebu dan berselut, keindahan dan ketenangan di tempat ini pastinya menambat hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

5. Ulu River Lodge

Di samping menyediakan tempat penginapan yang cantik dan selesa, terdapat beberapa aktiviti lain yang disediakan khas buat para pelancong, antaranya eksplorasi gua, meredah hutan, waterfall abseiling dan white water rafting.

6. Pasar Karat, Memory Lane

Pasar Karat bukanlah seperti pasar pagi yang tipikal, namun ia merupakan tempat yang menjual pelbagai barangan antik.

Pasar ini hanya dibuka setiap hari Ahad bermula dari jam 6.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.

Terdapat pelbagai barangan menarik yang dijual. Pengunjung pasti menjadi rambang mata tatkala dihidangkan dengan lambakan barangan antik yang dijual dengan harga berpatutan.

Menarik, bukan? Jadi, apa tunggu lagi? Untuk mengetahui lebih berkenaan destinasi pelancongan di Perak, anda boleh dapatkan komik yang memaparkan tempat menarik di negeri tersebut.

Komik ini terdiri daripada dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Judul komik dalam bahasa Melayu ialah Perak, Teman Datang! manakala dalam versi Inggerisnya dinamakan sebagai Perak, Here I Come!

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mengetahui lebih daripada 20 tempat menarik di Perak!

Komik ini telah menerima 4 bintang daripada pembaca di Goodreads dan kebanyakan tinggalan komen terhadap buku ini adalah positif. Untuk mengetahui destinasi menarik di negeri Darul Ridzuan, anda boleh dapatkan buku ini menerusi laman web www.lejen.my dan juga di I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya.

Untuk membaca artikel yang berkaitan dengan topik pelancongan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca