Diminta Pulangkan Hasil Curian Untuk Elak Penjara, Wanita Ini Tikam Polis Guna Pisau Dan Pemutar Skru

Seorang wanita didapati bersalah atas tuduhan menikam seorang pegawai polis sebanyak dua kali setelah bengang dengan tawaran untuk memulangkan hasil curiannya demi mengelak hukuman penjara.

Pemilik kedai serbaneka Lunds & Byerlys telah menelefon pihak polis untuk melaporkan kecurian yang dilakukan Articia L. Moore yang berusia 23 tahun.

Pegawai Joe Ryan telah dihantar ke lokasi kejadian beberapa minit kemudian. Seorang pekerja memberitahunya bahawa Articia cuba untuk menyembunyikan beberapa barangan untuk mengelak daripada membayarnya.

Articia dikatakan cuba menyembunyikan hasil curiannya di dalam jaket dan seluar yang dipakainya. Apabila pegawai Joe Ryan cuba bertolak ansur dengan suspek dan memintanya memulangkan semula semua barangan yang diambil untuk mengelakkan hukuman penjara, Articia enggan berbuat demikian.

Pada mulanya, Articia cuba menafikan jenayah yang dilakukannya walaupun jelas kelihatan wanita itu cuba menyembunyikan sesuatu di dalam pakaiannya. Dia kemudiannya memulangkan hanya satu minuman tetapi enggan memulangkan hasil curiannya yang lain.

Tidak semena-mena, Articia berubah ganas dan mula menjerit mengatakan dirinya sebatang kara dan tidak mempunyai rumah. Semasa pergaduhan verbal itu tercetus, Pegawai Joe Ryan menyedari bahawa Articia sebenarnya bersenjata dan terus memegang tangannya. Ketika itulah Articia mengeluarkan satu pemutar skru dan terus menikam pegawai polis berkenaan di bahagian dada.

Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut turut mengeluarkan sebilah pisau dan berjaya mencederakan Pegawai Joe Ryan di bahagian lengan. Articia berjaya ditahan tidak lama kemudian dan kini berada dalam tahanan polis.

Sarjan Mike Ernster berkata dia bersyukur Pegawai Joe Ryan tidak mengalami kecederaan yang serius. Jaket kalis peluru yang dipakai lelaki berkenaan menyelamatkannya daripada tikaman tersebut.

Articia telah dihantar ke Ramsey County Jail dan dituduh atas kesalahan memiliki senjata tajam dan menyerang pihak berkuasa.

Menurut laporan polis, ini bukanlah kali pertama Articia ditahan. Pada Ogos lalu, wanita itu ditahan kerana mencederakan seorang lagi pegawai polis dengan menumbuknya di muka. Tambahan lagi, dia turut ditahan kerana menghalang kerja pihak polis dalam kejadian sama.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca