Diminta Ikut Prosedur Hantar Pelajar Pulang, Ustaz Ebit Lew Tampil Mohon Maaf

Isu pelajar terkandas di institusi pengajian masing-masing selepas keputusan saat akhir pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk menangguhkan kemasukan mahasiswa masih menjadi bualan ramai di media sosial.

Ustaz Ebit Lew tidak terkecuali daripada menghulurkan bantuan untuk meringankan beban pelajar dengan menyediakan pengangkutan bas untuk menghantar pelajar-pelajar pulang ke tempat kediaman mereka.

Walau bagaimanapun, niat baik pendakwah terkenal berkenaan difahamkan telah menerima reaksi kurang senang daripada pihak universiti sehingga beliau diminta membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya mohon maaf kepada pihak pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terutamanya Naib Canselor yang menghubungi pihak saya supaya saya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Saya minta maaf kepada semua pelajar universiti lain juga,” ujarnya menerusi sebuah coretan di laman Facebook.

Menurut kenyataan rasmi pihak UPSI yang dikongsikan pendakwah terkenal berkenaan bersama permohonan maafnya itu, pihak universiti berkenaan terlebih dahulu merakamkan penghargaan atas inisiatif yang telah dijalankannya sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Ustaz Ebit diminta untuk mematuhi proses penghantaran pulang pelajar dan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan universiti.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit menjelaskan dalam coretan sama bahawa beliau terpaksa menangguhkan 20 bas untuk tujuan pengangkutan pulang pelajar-pelajar berkenaan.

“Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar sudah pulang dan ada juga yang telah diambil oleh keluarga mereka. Saya cuma siapkan macam bas awam.

Syukur bas yang bergerak pun sudah sampai dengan selamat. Biasa naik bas bayar tapi kali ini percuma dan lebih tersusun. Para pelajar tidak perlu ke perhentian bas dan naik kereta api. Saya tangguhkan 20 bas sehingga diberi kelulusan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan universiti:

Pada pendapat anda, adakah permohonan maaf daripada Ustaz Ebit merupakan satu tindakan yang wajar?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Ustaz Ebit Lew, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca