Dim Sum Buffet Extravaganza Di Dorsett Grand Subang Kembali Semula

Menu yang hits dekat The Emperor Restaurant di hotel Dorsett Grand Subang iaitu Dim Sum Buffet Extravaganza kembali menemui anda sekali lagi.

Terkenal dengan kualiti dan rasa hidangannya yang cukup lazat dalam kalangan foodie, menu ini istimewa kerana ia mampu membuka selera anda pada suapan pertama. Namun, apa yang paling menarik tentang The Emperor Restaurant ialah semua makanan di sini halal jadi anda boleh penuhkan perut dengan makan sampai kenyang tanpa berfikir dua kali.

Berbalik kepada Dim Sum Buffet Extravaganza, ia boleh didapati pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja dari jam 11 pagi sehingga 3 petang. Kami berani jamin, anda tidak akan mahukan dim sum lain selepas makan bufet ini.

Dengan harga RM88 untuk orang dewasa, warga emas (berumur 60 tahun ke atas) dan kanak-kanak dalam lingkungan usia 6 sehingga 12 tahun boleh mengambil bahagian dalam bufet yang menakjubkan ini dengan hanya RM68 sahaja setiap seorang.

Untuk memudahkan anda membuat pilihan, kami akan kongsikan hidangan wajib cuba sekiranya berkunjung ke restoran berkenaan menerusi artikel ini:

1. Dim sum

Syurga makanan buat penggemar dim sum, anda boleh dapatkan siew mai kukus gaya Maharaja, ban kukus dengan ayam barbeku dan ladu udang kukus dengan ketumbar.

Selain itu, anda boleh juga dapatkan dumpling pes ikan kukus dengan bawang putih, paf keladi goreng, udang gulung dengan keju dan nasi kukus gulung dengan isi ayam barbeku serta banyak lagi. Apa yang paling menarik tentang semua jenis dim sum di sini adalah ia merupakan buatan sendiri.

2. Pencuci mulut

Selain soup of the day, terdapat pencuci mulut lain seperti ayam hirisan sejuk yang dihidangkan bersama timun cincang, obor-obor dengan sotong kurita dan kubis jeruk dengan pes cili. Anda boleh juga dapatkan itik panggang rangup gaya Hong Kong dan ayam panggang serta ayam madu berbeku.

Hidangan-hidangan utama lain ialah ayam tanpa tulang digoreng dengan madu, ayam goreng dengan cili kering, udang digoreng dengan serai dan daun kari.

Selain itu, mi gaya Hong Kong dengan ayam cincang dan pilihan bubur isi ikan atau bubur ayam dengan telur padi yang cukup menyelerakan. Untuk minuman pula, siapa sahaja yang boleh menolak tembikai madu sejuk dengan sagu atau madu susu lebah? Anda tidak akan boleh lupakan keenakan air kelapa laut sejuk dengan longan dan puding mangga di sini sekiranya kita bercakap tentang pencuci mulut,

3. Makanthon

Sekiranya bukan penggemar dim sum, anda boleh dapatkan bufet baharu iaitu Makanthon di The Emperor pada setiap malam. Dengan Makanthon, anda boleh makan sepuas hati untuk RM68 bagi setiap dewasa dan RM48 setiap kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Bufet ini terdiri daripada pelbagai jenis makanan kegemaran tempatan dan Barat. Antaranya ialah dim sum dan makanan Cina yang istimewa. Kumpulkan ahli keluarga dan rakan-rakan anda sekarang serta sertai kami untuk Makanthon setiap malam dari jam 6 petang hingga se10 malam. Ini adalah promosi yang anda tidak akan mahu ketinggalan.

Tempahan: +603 5031 6060 ext 1954 atau e-mel [email protected]

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca