Dilukis Daripada Darah Pelukis Itu Sendiri, Ini 5 Lukisan Yang Anda Tidak Ingin Miliki

Seni boleh memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada sesiapa yang cuba meneroka setiap hasil seni tersebut. Namun, lain pula kisahnya dengan lukisan-lukisan ini di mana apa yang berlaku di sebalik pembikinannya sangat menyeramkan dan tidak tercapai dek akal.

Daripada darah pelukis menjadi bahan warna hingga ke lukisan yang hidup di tengah malam, di sini kami kongsikan 5 lukisan yang menyeramkan dan kisah di sebaliknya:

1. ‘The Anquished Man’ oleh artis yang tidak dikenal pasti

Lukisan ini dilukis oleh pelukis yang tidak dekenali dan mempunyai gangguan mental. Dia bertindak mencampurkan darahnya sendiri ke dalam cat ketika dia menyiapkan lukisan tersebut.

Hayat pelukis itu berakhir dengan sadis sekali apabila dia menggantungkan dirinya sendiri dan meninggal dunia. Menurut pemilik lukisan ini iaitu Sean Ribinson, kelibat persis bentuk watak daripada lukisan ‘The Anquished Man’ selalu muncul dan berlegar-legar di dalam ruang rumahnya.

Dia juga selalu terganggu dengan bayang-bayang berbentuk haiwan dan suara tangisan yang mendayu. Semakin lama dia menyimpan lukisan itu, semakin banyak kejadian buruk yang berlaku di rumahnya.

Kini, lukisan itu mungkin disimpan di tempat yang jauh daripada mangsa-mangsanya.

2. ‘The Crying Boy’ oleh Giovanni Bragolin

Di akhir Perang Dunia Kedua, Giovanni Bragolin telah melukis seorang budak lelaki yatim piatu Itali yang sedang menangis. Dari masa ke masa, lukisan itu semakin popular dan dicetak secara besar-besaran di England.

Pada tahun 1980-an, lukisan itu tiba-tiba dikatakan disumpah apabila akhbar The Sun melaporkan bahawa lebih daripada 50 kebakaran rumah telah berlaku. Namun, cetakan ‘The Crying Boy’ adalah satu-satunya barang yang tidak dijilat api yang telah membakar seluruh isi rumah.

Pelbagai khabar angin telah menyelubungi masyarakat ketika itu antaranya termasuklah roh kanak-kanak yatim itu yang terlalu menderita dan putus asa ketika masih hidup telah menghantui lukisan tersebut.

3. ‘The Death Mother’ oleh Edvard Munch

Jika anda mengenali lukisan ‘The Scream’ oleh Edvard Munch yang sangat popular dari tahun 1983 hingga sekarang, anda mesti tidak ketinggalan mengikuti tentang lukisan istimewa Edvard Munch yang lain. Antaranya ialah lukisan yang dikatakan berhantu ini, ‘The Death Mother’.

Lukisan ini agak mengganggu orang yang melihatnya kerana ia menggambarkan seorang gadis muda yang berdiri di hadapan tubuh si ibu yang sudah meninggal dunia sambil menekup kedua-dua telinganya dengan telapak tangan.

Orang-orang yang menatap lukisan ini mendapati bahawa ada sesuatu yang kurang menyenangkan seolah-olah anak mata gadis muda itu tidak henti-henti mengikuti langkah mereka.

Mereka juga mendakwa terdengar bunyi bising seolah-olah bunyi katil wanita yang meninggal itu digoncang-goncang.

4. ‘The Hand Resist Him’ oleh Bill Stoneham

Kisah lukisan yang benar-benar berhantu ini tersebar luas di internet apabila sebuah keluarga menjual lukisan ini di eBay. Pembeli-pembeli yang cuba membeli lukisan ini mendakwa bahawa hanya dengan memaparkan lukisan tersebut di skrin komputer, mereka berasa sakit-sakit di fizikal dan rumah yang mereka diami terputus bekalan elektrik secara tiba-tiba.

Asal usul lukisan ini bermula apabila seorang pelukis terkenal, Bill Stoneham melukis ‘The Hand Resist Him’ yang diinspirasikan oleh foto dirinya semasa kanak-kanak dan puisi isterinya pada tahun 1972. Bill Stoneham menyerahkan lukisan itu kepada sebuah galeri seni untuk dipamerkan.

Tidak lama selepas itu, lukisan tersebut dijual kepada seorang pembeli. Hampir sedekad, pembeli, pemilik galeri dan pengkritik seni yang pertama mengkritik lukisan tersebut meninggal dunia.

Selepas kematian pemilik asal lukisan tersebut, lukisan itu terus bertukar pemilik dari tahun ke tahun sehinggalah lukisan ini dijual di eBay.

Keluarga yang menjual lukisan ini menceritakan bahawa anak perempuan mereka selalu terjaga di tengah malam. Kanak-kanak itu mendakwa bahawa budak lelaki dan patung di dalam lukisan tersebut hidup dan merangkak keluar dari lukisan itu dan bermain bersamanya.

Seram, bukan? Lukisan yang sepatutnya menjadi hiasan tidak semena-mena menjadi ‘mimpi buruk’ kepada pemiliknya.

Artikel Lain Untuk Di Baca