Dilihat Pelik Pakai Beg Plastik, Pakcik Ini Belanja Frontliner Makan

dilihat pelik pakai beg plastik

Seorang lelaki warga emas telah menyentuh hati ramai orang semasa beliau datang untuk divaksin di Universiti Sains Malaysia (USM) dengan memakai beg plastik di kepala.

Sejak akhir-akhir ini, kita dapat lihat pelbagai kisah bagaimana rakyat Malaysia bekerjasama untuk saling bantu-membantu semasa PKP 3.0 ini.

Begitu juga dengan pakcik ini yang ingin membantu mengurangkan beban petugas barisan hadapan dengan caranya yang tersendiri.

Menurut satu kiriman di Facebook USM, warga emas berkenaan datang untuk menerima suntikan vaksin dengan beg plastik di kepalanya.

Beliau berbuat demikian walaupun sudah memakai pelitup muka. Secara tidak langsung, perbuatan ini telah menarik perhatian pengunjung di situ.

“Pakcik ini telah menarik perhatian ramai dan kami boleh dengar bisikan serta ketawa sinis daripada mereka.”

Walau bagaimanapun, beliau tidak mengendahkannya dan menerima suntikan vaksin tersebut. Beliau kemudian pergi ke arah urusetia dengan langkah yang lemah.

Sejurus itu, warga emas ini menyerah sejumlah wang tunai yang membuatkan semua yang berada di situ terkejut.

“Para petugas barisan hadapan telah bekerja keras. Tolong belikan mereka makan tengah hari.” ujar pakcik berkenaan.

Sumber: Facebook (Universiti Sains Malaysia)

Dilaporkan, petugas di USM tidak sempat mengucapkan terima kasih atas budi beliau kerana dia dengan cepat beredar menaiki teksi.

“Dia mengejutkan kami dengan kemurahan hati dan perikemanusiaannya. Diharap pakcik sentiasa diberkati tuhan.” tulis USM.

Kiriman tersebut telah menerima 8.3 ribu reaksi dan 2.5 ribu perkongsian setakat ini. Ramai warganet memuji tindakan pakcik itu atas kemurahan hatinya.

“Mereka gelak atas tindakan berwaspada beliau tanpa tahu niat baiknya. Dia cuba untuk melindungi dirinya dan orang sekeliling dia!

Akhir sekali, bukan sekadar mengucapkan terima kasih, beliau juga berterima kasih petugas yang bekerja keras dengan ‘belanja’ mereka.

Bukan senang nak jumpa orang seperti ini. Harap beliau sentiasa sihat dan panjang umur.” ujar seorang warganet.

Ramai juga yang meluahkan rasa bimbang mengenai pemakaian beg plastik yang dilakukan oleh pakcik tersebut.

Pihak USM kemudian menjelaskan bahawa beberapa petugas di situ cuba untuk menasihatkan beliau untuk menanggalkannya atas sebab kesihatan.

“Pegawai perubatan di situ cuba menasihati beliau untuk tanggalkan beg plastik itu dan diganti dengan pelindung muka. Namun, dia mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap dirinya.

Baca kiriman asal tersebut di sini.

Untuk baca artikel-artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca