Dilayan Seperti Raja, Ini Gaya Hidup ‘Tyson’ Yang Dicemburui Lembu-Lembu Lain

Mike Tyson, itulah nama lembu yang pernah dibeli oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) daripada seorang penternak di Sulawesi Barat.

Sebelum dikorbankan untuk Aidiladha, lembu baka Simmental ini diberi perhatian khusus berbanding ratusan lembu lain. Kebersihan, kesihatan dan kebajikan Mike Tyson ini terjaga dengan begitu rapi.

Tyson mandi mengalahkan manusia, iaitu dua hingga empat kali sehari dan digosok sampai bersih, suci dan murni.

“Sangat istimewa. Saya mandi saja cuma sekali, kalau lembu ini mandinya dua kali sehari, kadang juga empat kali sehari untuk menjaga kebersihan badannya. Mandinya juga itu kita selalu gosok sampai bersih. Pokoknya lebih dari kita lah,” kata Pacong, penternak dan penjual lembu daging berkenaan seperti yang dipetik daripada VICE.

Hampir setiap hari, sepasukan doktor haiwan datang melawat Tyson bagi memeriksa dan memantau kesihatan gigi, hidung, kaki dan tubuhnya. Mereka turut pastikan seekor cacing pun tidak dibenarkan berumah di dalam tubuh lembu itu. Ia turut diberi makan vitamin.

Seterusnya, Tyson tidur beralaskan karpet berharga RM 576.83 supaya ia dapat tidur nyenyak. Kandangnya mendapat pengawasan 24 jam agar tidak dicuri atau menjaganya daripada pelbagai kemungkinan.

Meskipun lembu itu tidak pernah diperintahkan untuk mendapat rawatan dan penjagaan secara intensif oleh Jokowi, penjaga itu tetap melakukannya dengan rela demi memenuhi rasa tanggungjawab memelihara lembu pilihan ketua negara republik itu dengan baik.

Semoga usaha dan ibadat korban itu diterima-Nya. Salam Aidiladha kepada semua pembaca I AM LEJEN.

Untuk baca lagi artikel berkaitan, anda boleh klik pautan artikel di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca