Dilan 1991 Bakal Ditayangkan Tidak Lama Lagi, Peminat Sudah Siap Sedia Untuk Layan Perasaan

Pasti ramai pembaca di sini yang merupakan penggemar filem bergenre romantik dan ‘tangkap leleh’. Anda semua semestinya tidak sabar untuk menonton Dilan 1991 iaitu sebuah karya dari Indonesia. Ia bakal ditayangkan di Malaysia pada 11 Julai ini.

Filem ini merupakan sekuel bagi Dilan 1990 yang menerima sambutan hangat daripada peminat filem di negara jiran itu. Terdahulu, Dilan 1990 mengisahkan flashback percintaan dua remaja di Bandung pada tahun 90-an.

Milea (Vanesha Prescilla) dan Dilan (Iqbaal Ramadhan) bertemu buat kali pertama sewaktu berada di sekolah menengah apabila Milea berpindah ke Bandung dari Jakarta.

Kedua-dua mereka menjadi rapat menerusi pertemuan yang bermula secara tidak sengaja itu.

Dilan 1991 pula adalah kesinambungan antara dua merpati sejoli itu. Ia diadaptasi berdasarkan novel Dilan Bagian Kedua: Dia Adalah Dilanku Tahun 1991 karya Pidi Baiq. Seperti Dilan 1990, filem ini juga diarahkan oleh Fajar Bustomi.

Filem ini telah ditayangkan di Indonesia pada 28 Februari lalu dan ia berjaya mencatat rekod sebanyak lima juta tontonan dalam tempoh lima hari ditayangkan.

Malah, Dilan 1991 juga telah memecah rekod panggung wayang di negara jiran itu dengan meraih jumlah tontonan paling besar iaitu sebanyak 700,000 dalam tempoh sehari sahaja.

Bintang utama filem itu, Iqbaal mengatakan bahawa pada hari pertama tayangan di Indonesia, filem itu juga berjaya mengatasi kutipan filem Hollywood kegemaran ramai, Avengers: Endgame.

Populariti filem ini memang tidak dapat disangkal dan ia sememangnya tidak lagi asing dalam kalangan pencinta filem Indonesia di Malaysia. Berikut kami kongsikan reaksi peminat Malaysia di laman Twitter berkenaan Dilan 1991:

https://twitter.com/convivialboo/status/1146467923407458304

https://twitter.com/amoymimiey/status/1146380328266678278

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca