Dilahirkan Dengan ‘Dua Wajah’, Kucing Unik Ini Curi Perhatian Seluruh Warganet

Kita selalunya akan menghindari individu yang bermuka-muka atau kita sering sebut sebagai talam dua muka. Tapi apa pula jadi apabila kucing yang ada ‘dua muka’?

Seekor kucing yang diberi nama Narnia mencuri perhatian warganet apabila fotonya tular. Kucing ini sangat lain daripada yang lain memandangkan wajahnya ‘terbelah’ kepada dua warna. Bukan setakat terbelah, malah ia juga bagaikan diukur dengan pembaris.

Narnia dilahirkan pada 28 Mac 2017 dan sejak hari pertama dia mengenal dunia lagi, pemiliknya sudah jatuh cinta dengan kecomelan dan keunikannya.

Kucing yang mempunyai wajah ‘terbelah’ ini digelar sebagai kucing chimera. Kucing jenis ini mempunyai sel yang mengandungi dua jenis DNA di mana ia terbentuk apabila dua embrio bergabung bersama.

Berikut kami kongsikan gambar Narnia sewaktu kecil dan juga yang terkini:

Comel, bukan? Ini kalau beli pasti harga pun cantik!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca