Dilabel Tak Tahu Malu, Zara Zya Dikecam Hebat Selepas Promote Produk ‘Tambah Ghairah’

Aktres Zara Zya menjadi buah mulut orang ramai selepas didakwa telah mengambil ulasan untuk mempromosikan produk dewasa yang dianggap tidak sesuai dengan penampilan beliau di laman Instagram.

Sumber: Instagram @zarazya

Ini kerana aksi yang ditunjukkan pelakon dalam video berkenaan agak tidak senonoh kerana ia memaparkan bibit-bibit intim antara sepasang suami isteri.

Sumber: Instagram @zarazya

“Biar setiap malam seperti yang pertama. Jangan bagi cik suami keluar malam. Yang masih dara pun kena jaga Miss V betul-betul tau kerana ia merupakan aset kita,” tulis Zara di ruangan kapsyen.

Bukan sahaja video berkenaan yang menjadi bualan ramai, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen dan respons berkenaan video yang dimuat naik oleh Zara di laman Instagram.

Dalam pada itu, tinjauan kami di ruangan komen mendapati orang ramai menganggap aktres Pia itu tidak patut membuat reviu berbayar iklan seperti itu memandangkan beliau kini sudah bertudung:

Sumber: Instagram @zarazya
Sumber: Instagram @zarazya

Buat anda yang mengikuti selebriti tempatan di media sosial atau Instagram dalam kes ini, sebahagian besar daripada mereka kini menggunakan akaun media sosial sebagai salah satu cara untuk memperoleh pendapatan sampingan ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

Jadi, ia bukan satu perkara yang pelik sekiranya anda lihat kebanyakan selebriti tempatan menggunakan akaun media sosial untuk iklankan produk selain menjadi duta bagi sesebuah jenama. Apa pendapat anda berkenaan hantaran Zara?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca