Baru-baru ini, penyanyi yang sedang menempa nama dalam industri hiburan antarabangsa, Agnez Mo menerima kecaman hebat daripada warganet negara jiran ekoran kenyataan yang dikeluarkannya di mana dia mengakui bahawa dirinya langsung tiada darah Indonesia. Rata-rata menyifatkan Agnez sebagai kacang lupakan kulit kerana berbicara sedemikian rupa dalam satu rancangan temu bual.

Dalam pada ramai yang melemparkan kecaman terhadap Agnez, salah seorang rakan artis iaitu Anji tampil memberikan sokongan kepada penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu berjudul Tiada Logika itu. Anji telah memuat naik satu posting di laman Instagram yang memaparkan tangkapan skrin perbualannya dengan Agnez menerusi Direct Message (DM).

Berdasarkan DM yang didedahkan oleh Anji itu, Agnez memberitahu bahawa dia sangat pelik dengan sikap segelintir masyarakat yang menyalah tafsir kenyataannya. Meskipun tidak berdarah Indonesia, ia tidak menukar kenyataan yang Agnez tetap merupakan rakyat negara itu.

Agnez juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah lupa Indonesia dan sentiasa membawa budaya negara itu ke mana sahaja dia berada.

“Orang yang menonton program ini lebih tahu berkenaan Indonesia memandangkan saya selalu bawa budaya itu kerana saya merupakan rakyat Indonesia. Kalau saya tak bangga jadi orang Indonesia, buat apa saya terus bawa budaya tradisional Indonesia ke sana? Sedih betul,” luah Agnez.

Pada masa yang sama, Anji juga menjelaskan bahawa apa yang Agnez sampaikan itu bukanlah bererti dia lupa daratan sepertimana orang ramai dakwa.

“Mengaku tidak memiliki darah Indonesia, bukan bererti tidak cinta Indonesia atau tidak bangga pada Indonesia,” coret Anji di kapsyen posting itu.

Ujar Anji lagi, potongan video yang tular itu cumalah sebahagian daripada perbincangan dalam temu bual itu. Ramai yang cuma menonton bahagian itu semata-mata tanpa melihat edisi penuh temu bual berkenaan dan terus menuding jari terhadap Agnez.

View this post on Instagram

❤️Why dont you cut and edit this part? 🤷🏻‍♀️. Shame on people who only want to spread hatred by twisting my words and my intention. ☺️ All i said were good things, that even when I’m a MINORITY, i got to share this amazing diversity that i learn in my country. I have always shared that in ALL my interviews (national and international). I can’t choose my blood or my DNA, but I always STAND for my country, I ALWAYS HAVE, and NOBODY could take that away from me. Learn to watch the whole thing instead of taking things out of context. For people who support me, i love you ☺️ For people who want to misunderstand me, i love you and i forgive you. ☺️❤️ 🥰 believe me, i dont have a single ounce of grudge or anger towards you. For all the clout chasers, I pray for you so you could find peace in ur heart 🥰❤️#TheBibleTellsMeSo My heart is full. No matter what you say, ✊🏼#Indonesia represent. #AGNEZMO Love & Forgive

A post shared by AGNEZ MO (@agnezmo) on

Dalam pada itu, Agnez turut meluahkan rasa kecewanya terhadap kecaman yang dilemparkan terhadapnya dengan memuat naik satu posting di laman Instagram.

Meskipun ‘dihujani’ dengan pelbagai kata-kata kesat dan makian, Agnez memilih untuk memaafkan mereka yang mengecamnya.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda