Dilabel ‘Demand’ Kerana Harga Tinggi, Adi Putra Disalah Ertikan

Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra telah menimbulkan satu salah faham dalam kalangan warganet selepas dia memuat naik satu kenyataan di Instagram miliknya. Hantaran yang dikongsi itu adalah mengenai harga tinggi yang diletakkan untuk menerima tawaran berlakon.

Sumber: Instagram @adpadiputra

“Saya tak nafikan, warganet di media sosial mempunyai pendapat berbeza-beza. Meletakkan harga tinggi atau tidak, itu hak masing-masing dan secara tak langsung saya ingin mewujudkan kesedaran kepada orang ramai untuk turut serta membantu orang lain,” jelas Adi kepada Harian Metro.

Menurutnya lagi, menjelang bulan November, yang mana krisis COVID-19 semakin memuncak, malahan jumlah individu yang hidup dalam kesusahan turut meningkat.

“Selepas memuat naik hantaran pertama, saya juga turut memuat naik hantaran kedua untuk menjelaskan tujuan saya iaitu untuk menyalurkan 100 peratus bayaran yang diterima kepada mereka yang memerlukan dan terkesan. Niat saya adalah untuk membantu” katanya setelah kenyataan pertamanya disalah erti peminat.

Sumber: cinema.com

Difahamkan pelakon kelahiran Singapura itu, sudah memulakan kerja-kerja memberi dana sejak Mac lalu, namun tidak dihebahkan. Kerjasama itu dilakukan dengan beberapa organisasi serta rakan-rakan untuk memberi bantuan kepada barisan hadapan dan rakyat.

“Ada yang memerlukan bantuan dalam bentuk wang tunai dan ada juga yang perlu bantuan dalam bentuk barangan kegunaan harian. Semuanya, kami cuba usahakan sedaya mungkin untuk membantu. Cuma, saya tak banyak berkongsi mengenai aktiviti-aktiviti ini kerana takut akan menimbulkan salah faham,” ujarnya.

Adi juga memaklumkan bahawa setiap hari dia akan menerima lebih daripada 2,000 mesej di Instagram daripada golongan yang memerlukan bantuannya. Saluran sumbangan telah dilakukan di Lembah Klang dan kepada penduduk di beberapa negeri di seluruh Malaysia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca