Di sebalik acara gilang-gemilang iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 yang berlangsung di Axiata Arena dekat Bukit Jalil semalam, ada satu berita yang kurang enak ketika siaran langsung majlis anugerah berkenaan.
Shaheizy Sam kelihatan segak untuk menyampaikan anugerah dengan lengkap berpakaian baju Melayu dan songkok. Namun, pelakon Polis Evo itu menerima kecaman ramai selepas gantung vape di leher di majlis anugerah berkenaan.

Tindakan Shaheizy yang secara tidak langsung mempromosikan dan membawa budaya buruk untuk tontonan umum itu membuatkan ramai orang mempersoalkan kru produksi kerana tidak menyaring penampilan pelakon itu sebelum mula bersiaran langsung.
Public Health Malaysia turut meninggalkan komen berkenaan perkara ini di laman Twitter, “Sedih melihat budaya buruk dipromosikan seperti ini. Bukan tidak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca televisyen.
Tidak perlu sembang tentang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sekiranya promosi vape seperti ini pun boleh lepas dalam tayangan siaran langsung dekat televisyen.”
Sedih melihat budaya buruk dipromosikan sebegini. Bukan tak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca tv
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) November 13, 2020
Usah sembang mengenai pematuhan SOP jika promosi vape sebegini pun boleh lepas dalam tayangan live dalam TV.https://t.co/92iJeE3O4l pic.twitter.com/8HYcxjZFRc
Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet kelihatan agak berang dengan penampilan pelakon berkenaan:
I’m totally shock on how Shaheizy Sam was even allowed to talk on the stage with his pods 🤦🏼♀️ Man, this is a big event, you’re wearing baju melayu, songkok, and suddenly pods? You should have known how to promote your products in a PROFESSIONAL WAY smh #ABPBH #ABPBHKITA2020 pic.twitter.com/6gn8scJlF6
— fire (@lowkey_noob) November 13, 2020
Not Shaheizy Sam embarrassing himself like this. And those dangling pods to promote his product 🤦🏽♂️ #ABPBHKITA2020 pic.twitter.com/19LqTg0DV0
— zrii. (@zrdzmr) November 13, 2020
shaheizy sam really thought he look cool huh?
— Nuhanasa (@Nuhanasa2) November 13, 2020
If you want to wear that thingy, dont wear with baju kebangsaan. Malu
my respect for shaheizy went 📉📉 https://t.co/VgHmt2VAqP
— inasazxm🍍 (@inasazxm1) November 14, 2020
Malaysian artists should stop endorsing unhealthy habits towards the audience especially to the young kids out there like come on it's 2020 already
— #지효 JIHYO Best Girl ❤️ (@bbuyoomma) November 13, 2020
shaheizy sam is so shameless like wtf- bringing a bunch of pods hanging on his neck for a speech on NATIONAL AWARD TV SHOW while wearing baju melayu?? bye he sucks#ABPBHKITA2020 pic.twitter.com/CaVY2AFiUq
— ‧₊✜˚🦋ᴮᴱ (@bearbbamgyu) November 13, 2020
Dalam pada itu, Shaheizy akui dirinya terlupa untuk menanggalkan vape tersebut kerana keadaan kelam kabut sebelum naik ke atas pentas. Pelakon itu turut berkata bahawa dia sering bawa vape dalam jumlah yang banyak ke hulu ke hilir kerana ia sering cepat habis. Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah: