Dikutuk Dan Dikecam, Ini Pendirian Yang Dipegang Isteri Datuk Seri Aliff Syukri

Bukan mudah menjadi isteri kepada pengasas produk kecantikan dan kesihatan, D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. Datuk Seri Aliff Syukri ini. Sepanjang 12 tahun usia perkahwinan mereka, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sudah lali berdepan pelbagai kontroversi.

Lebih-lebih lagi apabila suaminya sering menimbulkan pelbagai kontroversi yang menggalakkan masyarakat untuk menulis kritikan dan kecaman.

Menerusi akaun laman Instagramnya, Datin Seri Shahida berkongsi pendiriannya yang positif apabila berdepan segala kutukan dan kecaman di media sosial.

View this post on Instagram

Alhamdulillah dah selesai melontar maka selesai rukun haji kami…. . kalau orang tanya saya mcm mana ya saya ni boleh sabar begitu begini orang kutuk n kecam…….bg saya apalah sangat Allah uji saya sedikit berbanding banyak nikmat yg banyak Allah bagi….bila saya stress saya mengeluh saya akan cakap dgn diri kenapa saya nak stress sedangkan betapa banyak nikmat yg Allah bagi…Allah minta saya cuma bersabar,sabar dan sabar…. . Saya belajar satu perkara saya x boleh puaskan hati orang lain sebab adat dunia ada orang suka dan ada orang benci…… . Pic ni diambil oleh bonda…haha byk tanya siapa yg ambik video gambar semua….kita buat sistem barter…saya ambik gambar orang,orang ambik gambar saya😅…kenangan !! ntah belum tahu ada rezeki lagi dtg ke mari atau tidak….

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Menurut Datin Seri Shahida, kekuatannya hadir apabila menghadapi kata-kata nista daripada orang adalah dengan banyakkan bersabar dan memandang pelbagai nikmat yang diberikan Allah sudah cukup banyak berbanding ujian yang dihadapinya.

“Kalau orang tanya saya macam mana saya boleh bersabar dengan kutukan dan kecaman orang? Bagi saya apalah sangat Allah uji saya sedikit berbanding nikmat yang banyak Allah bagi.”

“Bila saya stress dan mengeluh saya akan cakap dengan diri, kenapa saya nak stress sedangkan betapa banyak nikmat yang Allah bagi. Allah minta saya cuma bersabar, sabar dan sabar.”

“Saya belajar satu perkara yang saya tak boleh puaskan hati orang lain sebab adat dunia ada orang suka dan ada orang benci.” tulisnya di laman Instagram.

Beliau yang sedang hamil 5 bulan kini berada di tanah suci untuk menunaikan ibadah haji bersama ayah dan ibu mertua yang tersayang.

Sifat ketabahan dan kesabaran Datin Seri Shahida ini sememangnya menunjukkan dirinya seorang wanita yang berjiwa besar.

Seperti kata-kata Kahlil Gibran iaitu orang yang berjiwa besar memiliki dua hati, satu hati untuk menangis dan yang satu lagi untuk bersabar.

Artikel Lain Untuk Di Baca