Dikurung Bapanya Selama 24 Tahun Dan Lahirkan 7 Orang Anak, Ini Kisah Elisabeth Fritzl

Pada 12 Ogos 1984, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Elisabeth Fritzl telah hilang. Ibunya, Rosemarie membuat laporan mengenai kehilangannya kerana bimbang akan keberadaannya.

Selama berminggu-minggu, tiada khabar berita tentang penemuan Elisabeth. Secara tiba-tiba, ibu bapanya menerima sepucuk surat daripada Elisabeth. Dia mendakwa bahawa dia telah melarikan diri kerana bosan dengan kehidupan keluarganya.

Bapanya, Josef Fritzl, memberitahu polis yang datang ke rumah bahawa dia tidak tahu ke mana Elisabeth melarikan diri. Namun, Josef memberitahu anaknya mungkin menyertai kumpulan keagamaan iaitu sesuatu yang pernah diberitahu oleh Elisabeth sebelum ini.

Sebenarnya, Josef tahu di mana lokasi anak perempuannya. Elisabeth rupanya berada kira-kira 6 meter di bawah kediamannya.

Pada 28 Ogos 1984, Josef memanggil anaknya ke ruang bawah tanah rumah mereka. Dia memasang pintu ke bilik bawah tanah yang baru diubahsuai dan memerlukan bantuan untuk membawanya.

Elisabeth membantu Josef memasang pintu tersebut. Sebaik sahaja engsel dipasang, Josef menghayunkan pintu lalu Elisabeth tertolak dan terjatuh ke dalam ruangan tersebut.

Kemudian, Josef menekup muka anaknya menggunakan tuala sehingga pengsan. Sepanjang tempoh 24 tahun, apa yang dapat dilihat oleh Elisabeth hanyalah ruang bawah tanah yang kotor. Bapanya berbohong kepada ibu dan pihak polis berkenaan kehilangan Elisabeth.

Namun, siasatan pihak polis menemui jalan buntu sehingga kehilangan Elisabeth tidak menjadi pandangan masyarakat dunia lagi.Apa yang diketahui oleh keluarga Fritzl, Josef akan berada di ruang bawah tanah jam 9 pagi setiap hari untuk membuat pelan bagi mesin yang dijualnya.

Kadang-kala, dia akan bermalam di ruangan tersebut tetapi isterinya tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka suaminya seorang yang berkerja keras dan berdedikasi. Akan tetapi, di mata Elisabeth Fritzl, Josef merupakan seorang raksasa.

Kebiasaannya, Josef akan melawat anaknya itu pada setiap hari. Setidaknya tiga kali dalam seminggu. Untuk dua tahun pertama, dia membiarkan Elisabeth bersendirian dan juga menjadikannya sebagai tawanan. Lebih menjijikkan apabila Josef sanggup merogol anak kandungnya. Setelah dua tahun dikurung, Elisabeth disahkan hamil namun mengalami keguguran dalam tempoh 10 minggu kemudian.

Bagaimanapun, Elisabeth ditakdirkan untuk hamil sekali lagi pada dua tahun seterusnya. Pada bulan Ogos 1988, seorang bayi perempuan yang diberi nama Kerstin telah selamat dilahirkan. Dua tahun kemudian, seorang bayi lelaki pula dilahirkan dan diberikan nama Stefan.

Kerstin dan Stefan membesar di ruangan bawah tanah itu bersama ibu mereka, Elisabeth. Josef juga menjaga mereka dengan membawa makanan dan minuman setiap hari. Elisabeth cuba mengajar anak-anaknya dengan pendidikan asas yang termampu dan memberikan kehidupan yang normal di sebalik keadaan yang mengerikan.

Lebih mengejutkan, dalam tempoh 24 tahun kemudian, Elisabeth telah melahirkan lima lagi anak.


Seorang daripadanya dibenarkan tinggal dengan Elisabeth manakala seorang lagi meninggal dunia selepas dilahirkan dan tiga yang lain di bawa naik ke atas untuk tinggal bersama Rosemarie dan Josef.

Josef berpura-pura terjumpa bayi-bayi tersebut bagi menyembunyikan perkara sebenar daripada pengetahuan Rosemarie. Dia melakukan perkara tersebut dengan meletakkan bayi di semak-samun atau di hadapan pintu rumah.

Bayi-bayi itu ditinggalkan bersama nota yang didakwa ditulis oleh Elisabeth, yang mengatakan dia tidak mampu untuk menjaga bayi itu.


Pada tahun 2008, salah seorang daripada anak Elisabeth jatuh sakit. Dia merayu kepada bapanya supaya membenarkan anak perempuannya, Kerstin yang berusia 19 tahun untuk mendapatkan rawatan.

Josef dengan berat hati bersetuju untuk membawa Kerstin ke hospital. Untuk tempoh seminggu, pihak polis mempersoalkan Kerstin dan meminta orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai keluarganya. Akan tetapi, tiada siapa yang datang untuk membantu Kerstin kerana keluarganya berada dalam kurungan bawah tanah.

Akhirnya, pihak polis berasa curiga terhadap Josef dan membuka semula siasatan atas kehilangan Elisabeth Fritzl.
Josef akhirnya berubah hati terhadap penawanan anak perempuannya. Pada 26 April 2008, Elisabeth dilepaskan untuk kali pertama dalam tempoh 24 tahun.

Elisabeth segera ke hospital untuk melihat anak perempuannya. Elisabeth kemudiannya ditahan untuk disoal siasat mengenai penyakit anak perempuannya dengan cerita yang dimaklumkan oleh Josef.

Pihak polis berjanji untuk tidak membenarkan ayahnya bertemu dengan Elisabeth lagi sekiranya menceritakan kisah penahanannya selama 24 tahun. Elisabeth menjelaskan bahawa Josef mengurungnya di ruang bawah tanah dan telah melahirkan tujuh orang anak dari benih bapanya sendiri.

Elisabeth memberitahu bapanya akan turun ke ruangan bawah tanah pada waktu malam, memaksanya menonton filem lucah dan kemudian akan merogolnya.

Pihak polis dengan segera menahan Josef Fritzl pada malam tersebut lalu kesemua anak-anaknya yang berada di ruang bawah tanah dibebaskan. Ibu Elisabeth iaitu Rosemarie Fritzl telah melarikan diri dari rumah tersebut. Dia tidak tahu tentang kejadian yang berlaku di ruang bawah tanah rumahnya dan Josef menyokong cerita tersebut.

Kini, Elisabeth Fritzl hidup dengan identiti baru di sebuah perkampungan rahsia di Austria dan rumah yang didiaminya berada di bawah pengawasan CCTV yang berterusan serta rondaan polis di setiap sudut.

Usaha untuk menyembunyikan identiti barunya adalah untuk memastikan masa lalunya tersembunyi daripada media dan membiarkan dia menjalani kehidupan barunya dengan tenang.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca