Dikurniakan Hidung Seakan Muncung Khinzir, Kelahiran Bayi Ini Menggemparkan Seluruh Dunia

Baru-baru ini tular sebuah rakaman video yang memperlihatkan seorang bayi perempuan yang baru sahaja dilahirkan. Lebih memeranjatkan apabila wajah bayi tersebut adalah sangat luar biasa.

Menerusi rakaman video berkenaaan, kelihatan wajah bayi perempuan itu jelas mempunyai bentuk hidung yang seakan muncung khinzir.

Manakala, bahagian telinganya terbentuk menyatu di bahagian lehernya. Bahagian mulutnya juga hampir tidak kelihatan. Difahamkan bahawa bayi tersebut juga tidak mempunyai rahang.

Bayi yang dilahirkan di sebuah klinik swasta di Baku, Azerbaijan ini mempunyai ciri-ciri wajah yang luar biasa.

Meskipun dianugerahkan dengan keadaan wajah yang sebegitu, organ dalaman bayi ini dilaporkan berfungsi dengan sangat baik. Malahan, doktor turut mengesahkan bahawa dia merupakan seorang bayi yang sihat.

Bagaimanapun, ketua Obstetrik dan Ginekologi Azerbaijan menyatakan bahawa ibu kepada bayi tersebut seharusnya dimaklumkan mengenai perkembangan anak semasa pemeriksaan ultrabunyi pada bulan ketiga kehamilannya.

Ini kerana, wanita berkenaan masih boleh memilih sama ada untuk menamatkan kehamilan tersebut atau tidak.

Beliau turut menjelaskan bahawa kegagalan mengenalpasti sepanjang pemeriksaan lampau adalah suatu kesalahan jenayah. pihak keluarga boleh buat laporan terhadap pakar ginekologi dan ultrabunyi berkenaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca