Dikucup Oleh Putera Raja Dalam Versi Disney, ‘Sleeping Beauty’ Sebenarnya Dirogol Dalam Tidur

Semua orang tahu akan kisah Puteri Beradu atau Sleeping Beauty. Baginda disumpah untuk tidur selamanya apabila jarinya terluka akibat jarum sebuah mesin jahit. Di dalam versi Disney, sumpahan terhadap Puteri Aurora itu terangkat sebaik sahaja dia mendapat satu ciuman daripada Putera Philip.

Walaupun begitu, kisah sebenar puteri ini amatlah berbeza berbanding cerita yang dipaparkan Disney.

Puteri Talia

Kisah sepenar Sleeping Beauty pertama kali ditulis oleh seorang penulis warga Itali bernama Giambattista Basile.

Di dalam versi Disney, Puteri Aurora bertemu Putera Philip di dalam sebuah hutan di mana mereka bernyanyi dan serta-merta jatuh cinta.

Namun begitu, sebaliknya pula yang terjadi di dalam versi yang ditulis Giambattista Basile. Puteri Aurora atau nama lainnya, Talia tidak berjumpa langsung dengan Putera Philip di dalam kisah ini. Malah, baginda sebenarnya sudah lama tertidur.

Di dalam penulisan Giambattista Basile, seorang raja telah terjumpa sebuah istana terbiar. Dek kerana perasaan ingin tahu yang tinggi, raja berkenaan telah memasuki bangunan terbabit melalui sebuah tingkap. Baginda masuk ke dalam semua bilik yang ada dan akhirnya, baginda bertemu dengan sang puteri yang sedang nyenyak tidur.

Ketika inilah kisah Puteri Beradu berubah menjadi kejam.

Raja berkenaan yang tidak sedar Puteri Talia sebenarnya telah disumpah untuk tidur selamanya telah bertindak memperkosa puteri tersebut.

Puteri Talia melahirkan anak

Tanpa rasa bersalah, raja berkenaan kemudiannya telah meninggalkan Puteri Talia di istana terbabit dan pulang ke kerajaannya. Difahamkan, di dalam versi penceritaan ini, baginda langsung tidak berasa hairan ketika terjumpa seorang wanita yang tidur nyenyak di dalam sebuah bangunan terbiar.

Sembilan bulan selepas kejadian itu, Puteri Talia telah melahirkan sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan hasil pemerkosaan raja terbabit. Namun begitu, Giambattista Basile tidak menceritakan secara terperinci bagaimana puteri itu masih lagi tidur semasa melahirkan anak-anaknya.

Sebaik sahaja bayi berkenaan dilahirkan, dua pari-pari muncul untuk menjaga mereka.

Sumpahan diangkat

Puteri Talia yang sudah lama beradu akhirnya terjaga setelah sumpahannya dibatalkan. Namun begitu, sumpahan tersebut dibatalkan bukanlah kerana baginda dikucup putera raja seperti di dalam versi Disney.

Puteri Talia hanya terjaga daripada tidurnya setelah anak-anaknya menghisap jarinya terlalu kuat sehingga selumbar sumpahan yang tertusuk berjaya dikeluarkan.

Apabila baginda tersedar daripada sumpahannya, Puteri Talia tidak melatah atau menjerit ketakutan sebaik terlihat dua bayi terbabit. Sebaliknya, baginda telah bertindak mengangkat anak kecil itu dan terus menyusukannya.

Raja kembali

Setelah sekian lama melupakan wanita misteri yang dirogolnya, raja tiba-tiba mahu bertemunya sekali lagi. Tanpa berfikir panjang, baginda telah segera berangkat ke istana Puteri Beradu.

Alangkah terkejutnya baginda apabila mendapati gadis yang tertidur itu kini sudah terjaga dan sedang menjaga dua orang bayi kembar yakni anak raja terbabit.

Menurut penulisan Giambattista Basile, raja berkenaan tidaklah murka tetapi baginda menyambut berita tersebut dengan penuh sukacita. Baginda dikatakan telah memberitahu Puteri Talia identitinya yang sebenar selain turut menceritakan pemerkosaan yang dilakukannya terhadap puteri itu sehingga kehamilan berlaku.

Setelah mendengar kisah tersebut, Puteri Talia juga tidak murka. Malah, terus menjalinkan hubungan persahabatan dengan raja berkenaan sehingga mereka akhirnya bercinta. Puteri Talia yang sedar bahawa kekasihnya merupakan suami orang bersetuju untuk menjadi perempuan simpanannya.

Terdapat kemungkinan bahawa Puteri Talia telah mengalami keracunan flaks sepanjang tidurnya mengakibatkan baginda gagal memberikan reaksi yang sepatutnya terhadap apa yang telah berlaku terhadap dirinya.

Ratu yang dicurangi

Di dalam versi penceritaan Disney, Maleficent merupakan seorang wanita kejam yang telah menyumpah Puteri Beradu semenjak baginda masih bayi.

Namun begitu, penceritaan Giambattista Basile mengatakan Maleficient berkemungkinan merupakan isteri raja yang telah dicurangi. Usai mengetahui kewujudan perempuan simpanan suaminya, permaisuri telah meminta raja untuk membawa anak-anaknya ke istana kerajaan mereka.

Dek kerana terlalu murka, baginda permaisuri telah mengarahkan tukang masak istana untuk memasak anak-anak perempuan simpanan suaminya. Disebabkan si tukang masak berhati lembut, dia telah memasak dua ekor kambing sebagai ganti kepada bayi-bayi berkenaan sebelum menghidangkannya kepada raja.

Beranggapan anak-anak perempuan simpanan suaminya telah mati, permaisuri telah bertindak sekali lagi dengan menculik Puteri Talia. Selepas mencerca dan menghina wanita berkenaan, permaisuri telah bertitah agar Puteri Talia dibakar hidup-hidup.

Namun, lain pula yang berlaku apabila Puteri Talia sempat menjerit meminta tolong. Raja yang terkejut dan murka dengan kelakuan kejam permaisurinya telah mengarahkan orang suruhannya untuk membakar isterinya sendiri.

Akhirnya, Puteri Talia dan raja telah berkahwin dan hidup bahagia selamanya bersama anak-anak mereka.

Versi lain

Majoriti penceritaan Puteri Beradu mengatakan puteri tersebut telah terkena sumpahan yang menyebabkan dirinya tertidur buat jangka masa yang lama sebelum dikucup seorang putera tampan.

Namun begitu, di dalam versi penceritaan Giambattista Basile, penulis berkenaan tidak pernah memberitahu bahawa Puteri Talia tertidur. Tetapi, baginda sebenarnya telah mangkat. Puteri Talia telah ditinggalkan di istana terbabit buat sekian lama kerana keluarganya pasti baginda sudah tiada.

Jadi, apabila raja memasuki istana Puteri Talia dan merogolnya, raja berkenaan juga telah menganggap baginda sebenarnya telah mangkat sekaligus menjadikan raja tersebut seorang necrophilia yakni mereka yang teransang melihat mereka yang sudah mati.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca