Dikirimkan Pada Tahun 1966, Wanita Ini Terkejut Terima Surat Selepas 54 Tahun

Seorang warga emas berusia 74 tahun dilaporkan telah menerima sepucuk surat daripada kakaknya yang dihantar dari puncak Menara Pejabat Pos di London pada tahun 1996. Apa yang menariknya, surat tersebut baru diterimanya selepas 54 tahun surat itu dihantar.

Apa yang menjadi misteri, surat itu telah mengambil masa yang lama untuk sampai kepadanya selepas dikirimkan oleh kakaknya pada 7 Ogos 1966 ketika kakaknya berkunjung ke Menara Pejabat Pos berkenaan. Sekarang tempat itu telah dikenali sebagai BT.

Kakaknya telah mengirim surat berkenaan untuk tujuan menarik dirinya supaya melihat cop Menara Pejabat Pos yang terdapat di atasnya. Surat yang dikirimkan mengandungi kad kalendar tahun 1966 dari syarikat penerbangan Air Malawi. Kalendar itu dikirimkan kerana ia adalah satu-satunya barang yang ada di dalam beg tangan kakaknya ketika itu.

Sebaik surat itu sampai di tangannya, dia segera membuka dan melihat tulisan yang terdapat pada surat itu. Dia yang mengenali tulisan kakaknya menyedari bahawa itu bukanlah tulisan kakaknya yang sekarang, tetapi tulisannya yang dahulu.

Apa yang menyebabkan dia yakin itu merupakan surat lama yang dikirimkan kakaknya ialah kad kalendar tahun 1966 dan keempat-empat setem 3D yang berada pada surat tersebut menggunakan warna lama. Dia kemudiannya melihat tulisan pada surat tersebut iaitu ‘dihantar di Post Office Tower’.

Pesara ini tidak hairan ketika melihat cenderahati Malawi yang terdapat dalam surat berkenaan kerana kakaknya pernah tinggal di Afrika.

“Ketika itu saya gemar mengumpul setem dan biasanya kakak akan menghantar setem daripada semua tempat yang dikunjungi untuk menambah koleksi saya,” katanya.

Sangat sulit untuk membuat spekulasi apa yang mungkin terjadi pada surat ini. Berkemungkinan ia telah dimasukkan semula oleh seseorang ke dalam sistem pos dan bukannya hilang atau tersekat di suatu tempat.

Untuk baca lebih banyak artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca