Dikenali Kerana Pro-Rusia, Ahli Politik Ukraine Ini Maut Di Tangan Tentera Rusia

Seorang ahli politik yang terkenal dengan pendapatnya yang pro-Rusia telah ditembak oleh askar Rusia ketika beliau di rumahnya.

Alexander Rzhavsky, 63, merupakan seorang ahli politik Ukraine yang pernah dicalonkan sebagai presiden pada tahun 1999 dan 2004. Dia juga salah satu timbalan parlimen Verkhovna Rada.

Sumber: Facebook Aleksandr Rzhavsky

Rzhavsky tidak pernah segan dengan sokongannya kepada Rusia. Dalam hantaran Facebook-nya, Rzhavsky dijumpai menggunakan perkataan Nazi apabila merujuk kepada patriot-patriot Ukraine.

Namun malang sekali nasib ahli politik ini, dia telah dibunuh oleh askar Rusia semasa berada di rumahnya di Bucha.

Menurut berita Ukraine, terdapat beberapa askar Rusia yang datang ke rumah Rzhavsky dan meminta makanan serta telefon. Rzhavsky mengikut permintaan tersebut supaya mereka tinggalkan kawasan perumahannya dengan secepat mungkin.

Tetapi askar-askar Rusia kembali sekali lagi, kali ini meminta vodka dan wain. Rzhavsky dilaporkan marah dengan perangai askar Rusia yang angkuh meminta.

Apabila Rzhavsky enggan mengikut permintaan tersebut, askar Rusia terus menembaknya.

Sumber: Facebook Aleksandr Rzhavsky

Rzhavsky ditembak mati dihadapan keluarganya.

Kedua-dua anak perempuan Rzhavsky, Yulia dan Alice, menulis dalam sebuah hantaran Facebook pengalaman mereka sewaktu kejadian tersebut.

“Pada 27 Mac 2022, di halaman rumah sendiri di bandar Bucha, Alexander Mykolajovich Rzhavsky dibunuh di hadapan mata isterinya dan kakaknya.

Kami sekeluarga faham bahawa ada ramai yang tidak suka dia oleh kerana pendapatnya, tapi ramai juga bersetuju bahawa Rzhavsky seseorang yang ikhlas dan tidak bersembunyi di sebalik politiknya.

Kami berterima kasih kepada semua terbitan yang melaporkan situasi Alexander Rzhavsky termasuk beratusan kematian penduduk Bucha. Namun kami sekeluarga akan mengambil masa untuk bersendirian dan meratapi kehilangan yang dilalui.”

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca