Dikenakan Denda Ingkar PKP, Lelaki Ini Beri Alasan Mahu Beli Burger Untuk Isteri Mengidam

Semalam, seorang lelaki telah didenda sebanyak RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu apabila memberi alasan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mahu membeli burger untuk isteri yang mengidam.

Ahmad Firdaus Khamis, yang berasal dari Kampung Gong Pak Maseh di sini antara 10 tertuduh berusia antara 20 hingga 61 tahun yang dikenakan denda selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Seorang lagi tertuduh, Wardi Zaidi, berusia 36 tahun dari Kuala Nerus pula memberi alasan beliau ingkar PKP kerana ingin mencari ketenangan selepas bergaduh dengan isteri.

Semua yang tertuduh akan berdepan hukuman penjara satu bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Menurut laporan, semua tertuduh didakwa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di sekitar daerah ini dan Kuala Nerus antara jam 10 malam hingga 12.15 tengah malam antara 16 April hingga 18 April.

Sumber: Berita Harian

Pertuduhan itu mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.

Di mana pesalah akan berdepan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala semua tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mazlan Md Zein.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca