Dikelilingi ‘Jerung’ Di Laut, Lelaki Ini Dilindungi Sekumpulan Dolphin

Sudah pasti antara hidupan yang paling ditakuti apabila berada di laut ialah ikan jerung. Jika kelibat ikan jerung didapati di sesuatu tempat di laut, maka orang ramai pasti akan bergegas naik ke permukaan air demi keselamatan mereka.

Namun, baru-baru tular satu kejadian yang menakjubkan telah berlaku kepada seorang lelaki bernama Ruairi McSorley berusia 24 tahun tersesat ketika berenang di laut.

Kehilangan Ruairi McSorley dilaporkan apabila seorang penduduk yang sedang membawa anjingnya berjalan-jalan dan telah melihat pakaiannya di pantai.

Pada mulanya, dia bercadang untuk pergi berenang lebih dari 5 batu dari pantai Castlegregory menuju ke Mucklaghmore Rock.

Namun, ketika dia sedang berenang, dia terlihat beberapa kelibat sirip hitam di lautan. Difahamkan, dia berasa bengang dengan dirinya sendiri kerana tidak menyelidik terlebih dahulu sama ada Ireland Selatan mempunyai jerung atau tidak.

“Jika itu adalah ikan jerung, saya berharap mereka tidak lapar atau saya akan habis dimakan”, ujar McSorley.

Bagaimanapun, satu kejadian mengejutkan berlaku terhadap Ruairi McSorley apabila dia telah dilindungi oleh sekumpulan dolphin yang berada di sekelilingnya.

Kru penyelamat mengesahkan bahawa mereka menyaksikan sesuatu yang menakjubkan apabila McSorley ‘dikelilingi’ oleh sekumpulan ikan dolphin yang seolah-olah bertindak sebagai ‘pelindung’ ketika dia ditemui, memetik laporan portal Nangtime.

dikelilingi-jerung-di-laut-lelaki-ini-dilindungi-sekumpulan-dolphin
Sumber: Nangtime

Suhu badan McSorley adalah sangat rendah ketika ditemui dan mungkin hanya dapat bertahan selama setengah jam jika tidak diselamatkan oleh mereka, menurut kru penyelamat.

Sekitar 8.30 malam iaitu kira-kira selepas 12 jam terdampar di lautdan hanya memakai seluar renang, dia ditemui serta diselamatkan oleh sukarelawan Ferit RNLI.

dikelilingi-jerung-di-laut-lelaki-ini-dilindungi-sekumpulan-dolphin
Sumber: Nangtime

Walau bagaimanapun, Ruairi McSorley bersyukur selepas diselamatkan dan sempat bertanya kepada kru penyelamat jika memang terdapat jerung di situ.

Dia diberitahu oleh kru penyelamat bahawa apa yang dia lihat itu berkemungkinan bukan jerung tetapi ikan dolphin.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca