Dikecam Warganet Gara-Gara Kenyataannya, Bekas Ratu Cantik England Tampil Mohon Maaf

Selepas bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James menjadi bahan kecaman warganet di media sosial, kini tumpuan beralih kepada bekas ratu cantik Miss England, Dr. Bhasha Mukherjee.

Biarpun tidak seteruk impak yang diterima oleh Samantha, namun Dr. Bhasha tetap menjadi tumpuan selepas menyatakan manusia layak dijangkiti wabak COVID-19. Kerana kenyataan tersebut, segelintir pihak bertindak untuk mengecamnya selepas membangkitkan kemarahan mereka.

Namun, ada di antara mereka tetap menyokong Dr. Bhasha kerana kenyataannya itu merujuk kepada sikap manusia yang kejam kerana bekas ratu cantik ini berasa sedih dengan berita mengenai seekor gajah bunting mati selepas memakan nanas yang mengandungi mercun.

Menurut tulisannya, “Ketika anda menangis dan bersedih, mengapa koronavirus berlaku kepada kita? Tergamak kita sebagai manusia berjalan di muka bumi dengan kejahatan di dalam diri kita. Kita patut mendapat koronavirus, malah yang lebih teruk.”

Bagaimanapun, Dr. Bhasha tampil memohon maaf di atas komen dimuat naiknya di laman sosial. Dr. Bhasha Mukherjee kini dilaporkan telah ‘turun padang’ bagi membantu mengekang penularan wabak COVID-19.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca