Dikecam Umpama Cakap Tak Serupa Bikin, Abang Kepada Syed Saddiq Tampil Beri Penjelasan

Laman media sosial akaun Twitter milik Menteri Belia dan Sukan hari ini secara tidak langsung mengundang perhatian warganet. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi akaun Twitternya semalam meluahkan rasa bangga ketika menggunakan kereta terpakai jenama Proton Inspira.

Dalam posting tersebut, beliau sempat menyelitkan ucapan doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT agar dia tidak mudah berubah. Jelasnya lagi, tidak semua ahli politik menggilai wang dan kuasa semata-mata.

Beliau turut menegaskan bahawa kehadirannya di dalam dunia politik adalah bertujuan untuk membersihkan politik. Baginya, jawatan yang digalas merupakan tanggungjawab besar yang harus dijalankan dengan baik.

Walau bagaimanapun, perkongsian Syed Saddiq telah mengundang bualan hangat oleh warganet. Lebih memeranjatkan apabila terdapat komen yang menyindir beliau seakan-akan mengatakan beliau umpama cakap tidak serupa bikin.

Tidak kurang juga pengguna Twitter yang berkongsi gambar lama Syed Saddiq ketika memandu kereta berjenama Honda City bersama dengan kapsyen perlian.

Rata-rata warganet memberi komen yang menggambarkan ketidakyakinan mereka terhadap perkongsian Syed Saddiq berkenaan rasa bangga beliau terhadap kereta buatan Malaysia.

Susulan daripada peristiwa yang tular ini, Syed Abdullah segera tampil dengan memberikan respons menerusi akaun Twitternya. Dia segera menjelaskan bahawa kereta Honda City sebagaimana yang didakwa oleh warganet asalnya merupakan miliknya sendiri, namun kini kenderaan itu telah dihadiahkan kepada ibu dan ayahnya.

Berhubung dengan rasa kecewa akibat respons warganet terhadap adiknya, Syed Abdullah menambah penjelasannya seraya berkata “Malu terhadap anda kerana berkongsi maklumat palsu tanpa usul periksa.”

Di sebalik komen-komen yang mengandungi unsusr kecaman ini, terdapat segelintir warganet yang turut meluahkan sokongan mereka terhadap sikap merendah diri Syed Saddiq.

Kesimpulannya, sebagai seorang manusia yang bijaksana, kita tidak seharusnya bertindak mengecam dan mengkritik seseorang secara membuta tuli. Ini kerana, tidak semua yang kita lihat dan dengar meskipun menggunakan pancaindera sendiri adalah benar serta sahih.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca