Dikecam Teruk Akibat Tunjuk Isyarat Jari Tengah, Gadis Berhijab Ini Tetap Rasa Diri Tidak Salah

Seorang gadis telah dikecam teruk oleh warganet gara-gara memuat naik gambar berunsur lucah di mana dia menunjukkan isyarat jari tengah di laman Twitter. Rata-rata menyifatkan aksinya itu sebagai biadap dan tidak sesuai dengan penampilannya memandangkan gadis berkenaan mengenakan hijab.

Tampil mempertahankan diri, gadis yang dikenali sebagai Wani itu mengakui yang dia sedar dengan segala kecaman yang dilemparkan terhadapnya.

Namun begitu, gadis berusia 17 tahun itu mengatakan bahawa kritikan yang ‘menghujani’ dirinya langsung tidak memberikan kesan. Wani memilih untuk tidak mengendahkan komen warganet kerana dia menganggapnya sebagai perbezaan pendapat semata-mata.

“Saya rasa biasa sahaja apabila semua orang kritik kerana ini bukan kali pertama saya kena kecam,” katanya.

“Bagi saya itu (isyarat yang ditunjukkannya dalam foto tersebut) cumalah sekadar jari. Orang semua kecam sebab berbeza pendapat, kan?” ujarnya seperti yang dilaporkan mStar.

Mengulas lanjut berkenaan kritikan orang ramai yang mengatakan dia telah merosakkan imej wanita bertudung, Wani ternyata mempunyai pendapat yang berbeza.

“Pada saya, betullah imej bertudung itu bawa maruah agama, tapi saya rasa itu jari. Saya hanya tunjuk dan tak cakap apa-apa,” katanya.

Pada masa yang sama, Wani juga langsung tidak sangka yang perkongsiannya itu akan tular kerana dia bukanlah seorang yang popular di media sosial.

“Saya bukan popular pun di Twitter, itu yang terkejut bila tweet berkenaan blow up,” ujarnya.

Menurut Wanita, rakan-rakan serta guru-guru di sekolahnya turut mengetahui tentang penularan foto tersebut. Namun begitu, Wani mengatakan yang dia tidak kisah dengan semua itu memandangkan mereka yang mengenali dirinya pasti tahu akan sikapnya yang gila-gila dan kasar.

“Orang dekat sekolah semua memang dah masak dengan perangai saya. Sebab saya memang kasar orangnya. Mereka memang tahu saya jenis gila-gila,” cerita Wani.

Disoal berkenaan sikap segelintir warganet yang menuding jari terhadap ibu bapanya, Wani tidak bersetuju dengan perkara itu.

“Semua kecam dengan kata-kata kesat. Ada segelintir yang memilih untuk tegur elok-elok. Paling ingat, mereka libatkan ibu bapa. Ibu bapa saya dah bagi didikan sempurna. Ini semua atas diri saya sendiri.”

Mengulas lanjut berkenaan kecaman yang dilemparkan terhadapnya, Wani mengakui yang dia lebih menghargai sekiranya orang ramai menegurnya secara peribadi.

Menurut gadis yang menetap di Shah Alam itu, dia menyifatkan mereka yang menegurnya secara terbuka sebagai clout chaser yang mengejar populariti semata-mata.

“Kalau nampak yang tegur di Twitter itu, mereka clout chaser. Semua nak popular dan raih beribu ulang kicau. Saya memang tak kisah, tak rasa apa pun. Memang tak beri kesan, sikit pun tak stres,” kata Wani.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca