Dikecam Kerana Sunting Gambar YDPA, Naim Daniel Tampil Mohon Maaf

Tindakan penyanyi terkenal iaitu Naim Daniel menyunting gambar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk teaser lagu terbaharunya bersama Ismail Izzani berjudul COVID-19 mengundang kecaman warganet. Perkara ini menyebabkan ramai yang kurang senang dengan suntingan tersebut.

Gambar tersebut memaparkan Naim dan Ismail Izzani berdiri di sebelah baginda yang sedang duduk memegang kertas bertulis #StayHome dan #DudukRumah. Sejurus itu, Naim menyedari kesilapannya dan tampil memohon maaf secara terbuka menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Hari ini saya nak bercakap tentang lagu baru saya dengan Ismail mengenai Covid-19 dan artwork cover lagu yang menggunakan photoshop Agong.

“Saya tahu ia isu yang sangat sensitif dan sepatutnya saya peka dengan perkara itu. Saya di sini ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak.

“Saya minta maaf sangat atas kesalahan itu. Perkara itu tidak akan berulang lagi. Saya sepatutnya lebih peka,” kata Naim.

Lagu COVID-19 itu merupakan inisiatif Naim dan Ismail untuk memberikan nasihat dan kesedaran kepada rakyat Malaysia agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan kekal berada di rumah masing-masing.

Gambar dan video tersebut telah pun dipadam oleh Naim selepas mendapat kritikan hebat daripada pengguna laman sosial itu.

Apa-apa pun semoga Naim menjadikan ini sebagai satu pengajaran. Naim punyai niat yang murni untuk menasihati orang ramai menerusi lagu tersebut, tetapi dia tersilap langkah dengan membuat suntingan itu. Harap Naim lebih peka selepas ini.

Untuk baca artikel lain tentang Naim Daniel, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca