Dikecam Kerana Bukan Beg Tangan Mewah, Gadis Ini Terima Undangan Dan Hadiah Daripada Pengasas Charles & Keith

Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan seorang gadis yang dikecam segelintir warganet selepas dia berkongsi kegembiraannya menerima hadiah seutas beg tangan Charles & Keith yang dikatakan jenama mewah.

Susulan kejadian itu, pihak Charles & Keith telah mengundang remaja perempuan itu bersama ayahnya ke HQ Charles & Keith serta meluangkan masa untuk makan tengahari bersama pengasas jenama berkenaan.

@zohtaco

Replying to @cressy i am so happy and grateful for you, that you can consider charles and keith not a luxury. also btw if you google it, lots of sources do classify them as a luxury brand. so.

♬ original sound – zoe 🦋 – zoe 🦋

Sebelum ini, Zoe meluahkan perasaannya selepas menerima kecaman hebat di media sosial.

Dia sebak menjelaskan bahawa keluarganya bukanlah orang yang senang dan harus membanting tulang untuk mendapatkan sesuatu, maka sebuah beg tangan yang berharga S$80 (RM262) amat bermakna baginya.

Disebabkan dia membesar dalam serba kekurangan, Zoe amat menghargai pemberiaan bapanya.

Video tersebut turut meraih perhatian ramai orang dan rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepadanya serta bersimpati kerana perlu berdepan dengan komen seperti itu.

Pada hari Khamis yang lepas, Zoe telah berkongsi satu gambar bersama bapanya di hadapan HQ Charles & Keith.

Dia sangat berterima kasih kerana dijemput untuk datang berjumpa pengasas jenama itu dan dapat melawat ke pejabat HQ bagi melihat sendiri di sebalik tabir syarikat berkenaan.

Selain itu, dia juga menerima dua utas beg tangan baharu iaitu pemberian daripada pihak Charles & Keith sendiri.

@zohtaco

@CHARLES & KEITH #charleskeith #imwithcharleskeith 🌻✨ to everyone who has shown their support and endless kindness, this is for you. you have made things happen for me i never thought possible, taught me lessons i will never forget, and have given me so many valuable memories. i would not be here if it weren’t for you, and for the millionth time and counting, i give you all my love, thanks, and well wishes; i am forever grateful and indebted to you all. happy 108k! ❤️🥹

♬ thenineteenseventyfive – push baby

“Pengasas kami percaya bahawa produk kami harus mencetuskan kegembiraan, memperkasakan pencinta fesyen dan memberi keyakinan kepada mereka, kami amat berterima kasih.” ujar pihak Charles & Keith.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca