Dikecam Hebat Label Orang Kibar Bendera Putih Pemalas, Ini Penjelasan Datuk Seri Vida

Usahawan sensasi, Hasmiza Othman yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida menjelaskan bahawa beliau tidak mem­perlekeh atau menidakkan gerakan bendera putih.

Video itu sekadar menitipkan pesa­nan untuk individu yang sering membe­rikan alasan untuk mula berniaga. Menurut Vida lagi, semua orang boleh me­mula­kan perniagaan tanpa meng­gunakan alasan modal sebagai peng­ha­lang.

Sumber: Instagram Dato’ Seri Vida

Penyanyi I Am Me itu berkata kepada Utusan Malaysia, “Sekiranya ada yang mengata atau mencemuh saya kerana ke­nyataan itu, lebih baik pergi cuci hati. Saya tidak memperlekeh mana-mana pihak cuma saya memang jenis yang cakap berterus-terang sahaja.

Saya bercakap dari perspektif seorang peniaga. Sekarang ini, kalau anda mahu berniaga jangan bagi alasan itu ini. Usaha itu penting. Berniaga di hadapan rumah pun boleh. Cari jalan untuk mulakan sesuatu.

Bukan saya menentang kem­pen bendera putih tetapi sekali dua mungkin orang tolong. Sekiranya sudah masuk kali keempat atau kelima, macam tidak ada usaha. Janganlah berfikiran negatif sa­ngat.”

Sumber: Instagram Dato’ Seri Vida

Buat anda yang masih keliru, Vida memuat naik video TikTok di mana beliau singgah membeli di sebuah gerai anak muda dekat kawasan perumahan.

Pengasas Qu Puteh itu berkata individu yang terjejas di luar sana perlu berusaha keras daripada bergantung dengan bantuan bendera putih dan bukannya menjadikan pendapatan terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai alasan. Vida turut memuji usaha anak muda yang berniaga dalam videonya itu.

Dalam pada itu, Vida akui tidak mahu mengambil pusing komen-komen negatif yang berkata beliau hanya pandai bercakap dan tidak turun padang untuk membantu individu yang terjejas teruk kerana penularan COVID-19.

“Saya pun ada menghulurkan ban­tuan kepada individu ter­jejas tetapi takkan semua nak muat naik dan canangkan. Ma­lah, saya juga ada bantu sedikit sebanyak rumah yang mengibarkan bendera putih.

Ada juga yang malu nak kibar bendera putih kerana takut jiran mengata. Selain itu, ada juga yang tak mahu kibar bendera putih kerana anak-anak malu. Jadi, saya wakilkan kakitangan untuk hulurkan ban­tuan,” jelasnya.

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Datuk Seri Vida, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca