Syarikat rangkaian televisyen dan radio Korea Selatan iaitu Seoul Broadcasting System (SBS) tampil memberi penjelasan selepas telah membuang perkataan, “and ladies (dan kepada para wanita)” daripada ucapan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh ketika diiktiraf sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95 ataupun lebih dikenali sebagai Oscars 2023.
Menerusi lakonan hebatnya sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All At Once, Michelle telah mencipta sejarah sebagai pelakon Malaysia pertama yang tercalon dan berjaya merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik di Oscars.
SBS dilabel misoginis kerana sunting (edit) ucapan kemenangan Michelle

Memetik laporan Koreaboo, Michelle telah menyampaikan ucapan kemenangan yang penuh inspirasi dan ditujukan kepada orang Asia dan wanita di mana-mana sahaja untuk bermimpi besar.
“Untuk semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang kelihatan seperti saya serta menonton (acara Oscars) malam ini, kejayaan ini adalah suar harapan dan kemungkinan.
Ia juga adalah bukti untuk anda bermimpi besar dan mimpi itu akan menjadi kenyataan. Dan untuk wanita-wanita, jangan biarkan sesiapa memberitahu anda bahawa kamu sudah melepasi masa kejayaan. Jangan pernah berputus asa,” ujar Michelle dalam ucapannya.
Ketiga-tiga stesen berita utama di Korea Selatan (KBS, SBS dan MBC) telah menyiarkan klip ucapan kemenangan Michelle. Walau bagaimanapun, kontroversi tercetus selepas SBS memilih untuk menapis ucapan Michelle dalam klip yang disiarkan.
Pihak SBS telah membuat suntingan dengan membuang perkataan, “dan wanita” daripada ucapan kemenangan pelakon itu serta menggantikan bahagian itu dengan, “semua orang” dalam sari katanya.
Selepas membuang sebahagian daripada ucapan kemenangan Michelle di Anugerah Akademi ke-95, rata-rata warganet telah melabel SBS sebagai misoginis (pembenci perempuan).
Penjelasan SBS
sbs뉴스 양자경 수상한거 보도하는데 “여성분들에게”라고 한 거 싹 잘라먹고 내보낸 거 봐 ㅋㅋㅋ 진짜 개띠껍다 https://t.co/hEqOTAFaiM pic.twitter.com/kV2UFfgyqI
— 95 (@loveisopentoeic) March 13, 2023
SBS tampil memberi penjelasan berhubung kontroversi itu pada 14 Mac (Selasa) dan menjelaskan sebab kenapa mereka memilih untuk menyunting ucapan berkenaan sedemikian rupa.
Menurut SBS lagi, stesen televisyen itu telah membuang perkataan wanita daripada siaran ucapan kemenangan pelakon Crazy Rich Asians berkenaan kerana mereka percaya frasa melepasi masa kejayaan digunakan untuk semua orang tidak kira wanita atau lelaki.
“Kami menganggap frasa, ‘Jangan biarkan sesiapa memberitahu anda bahawa kamu sudah melepasi masa kejayaan’ tidak semestinya terpakai untuk wanita sahaja jadi kami membuang perkataan tersebut,” ujarnya.
Apa pendapat anda?
Unruk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: