Dikecam Buat Konten Tidak Sensitif, Aisar Khaled Tampil Mohon Maaf

YouTuber Aisar Khaled membuat permohonan maaf menerusi satu ciapan di laman Twitter selepas lelaki itu memuat naik video di YouTube miliknya yang melawat tanah perkuburan tempat Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin dikebumikan.

Aisar tambil membuat permohonan maaf secara terbuka dengan berkata, “Assalamualaikum semua. Saya telah pun padam video tersebut. Saya minta maaf sangat-sangat kepada keluarga arwah.

Saya juga minta maaf kerana tidak berfikiran jauh sebelum muat naik video tersebut. Saya tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi. Minta maaf ya semua. Minta maaf sekali lagi. Saya sedar kesilapan saya.”

Dalam pada itu, Aisar turut menerima kecaman hebat selepas didakwa telah menjadikan video ziarah di luar pagar tanah perkuburan itu sebagai salah satu cara untuk mengaut tontonan dan keuntungan di laman YouTube.

Tindakan YouTuber itu memuat naik video berkenaan semestinya menerima reaksi negatif daripada orang ramai yang berkata lelaki itu tidak sensitif dengan perasaan keluarga Allahyarhamah Siti Sarah. Ada juga yang mendakwa YouTuber itu hanya mahukan publisiti tanpa berfikir baik buruk tindakannya itu.

Sumber: Twitter @ashraf_suhaimi

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 5.13 pagi semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) selepas bertarung lawan COVID-19.

Penyanyi Kesetiaan itu terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar pada petang Jumaat lalu selepas tahap oksigen beliau dilaporkan berada dalam keadaan tidak stabil.

Team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Siti Sarah. Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Siti Sarah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca