Dikategorikan Golongan Berisiko Tinggi, Eina Azman Dan Suami Dapat Nasihat Pakar Untuk Terima Vaksin

Selebriti Datin Paduka Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah telah disahkan oleh Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bahawa kedua-dua pasangan tersebut telah menerima vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) atas saranan doktor pakar.

Sebelum kenyataan tersebut dikeluarkan, Eina dan suaminya telah dituduh memotong barisan penerima vaksin PICK.

Pasangan ini dikatakan turut melanggar prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular dalam media sosial.

Datin Paduka Eina Azman telah memuatnaik sebuah gambar berserta kapsyennya yang berkongsikan pengalaman menerima suntikan vaksin di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh, sebelum dilemparkan pelbagai tuduhan.

Dr Abdul Malek Osman, Pengarah HRPB itu berkata bahawa pihaknya mengambil berat tentang isu yang tular dan bertindak menjalankan semakan terhadap pasangan berkenaan.

Tambahnya lagi, pasangan tersebut layak menerima suntikan vaksin berdasarkan rujukan yang dibuat oleh doktor pakar yang merawat atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi.

Pengarah HRPB tersebut turut menyatakan bahawa tiada isu ‘potong barisan’ dalam pemberian suntikan vaksin ini.

Katanya, Eina dan suaminya telah dimasukkan dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.

Menurutnya, pasangan tersebut telah dilaporkan menerima suntikan vaksin COVID-19 pada 25 Mei yang lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), HRPB.

Beliau turut menjelaskan bahawa PPV HRPB menerima rujukan pesakit atau pelanggan daripada pelbagai fasiliti kesihatan dari dalam dan luar Perak.

“Semua pesakit atau pelanggan yang dirujuk kepada PPV ini sudah menjalani pemeriksaan awal iaitu Pre Vaccination Assessment (PVA) yang hanya boleh didapati di Klinik Pakar Perubatan Hospital,” katanya.

PPV HRPB memberikan suntikan vaksin hanya kepada pesakit atau pelanggan yang dirujuk dan tidak melakukan PVA berkenaan di fasiliti PPV hospital tersebut.

Pemberian suntukan vaksin bagi fasa kedua dikatakan akan diberikan keutamaan kepada golongan berusia 60 tahun ke atas dan individu yang mempunyai lebih dari satu penyakit serta golongan berisiko tinggi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca